Tawaran Kursus Bahasa Paling Sukar Untuk Dikuasai Di Dunia

Bahasa adalah satu perkara yang sangat penting dalam menghubungkan manusia. Namun, lain bangsa… lain bahasanya dan mempelajari bahasa yang di luar budaya bahasa itu sendiri adalah sangat sukar. Ianya memerlukan latihan yang banyak dan berterusan.

Ramai pelancong yang datang ke Malaysia berpendapat bahawa bahasa Melayu adalah antara bahasa yang paling mudah untuk dipelajari kerana sebutan katanya yang jelas dan juga perkataan yang mudah difahami. 

Daulah Educonsult ingin berkongsi kepada anda semua antara bahasa yang paling sukar di dunia untuk dipelajari.

ps: Ianya mungkin berbeza bagi setiap individu, berdasarkan minat dan pendedahan.

4. Jepun

Anda pasti bersetuju bahawa bahasa Jepun merupakan bahasa yang sukar jika anda telah mempelajari bahasa ini. Dikatakan seramai 125 juta orang menggunakan bahasa ini terutamanya di negara Jepun itu sendiri. Rakyat Jepun sangat mementingkan penggunaan bahasa mereka sendiri di mana boleh dikatakan semua rakyatnya menuturkan bahasa di negara mereka.

Sistem tulisan Jepun yang terdiri daripada puluhan ribu membuatkan bahasa Jepun dikatakan sangat sukar untuk dipelajari. Ohh sebelum anda boleh menulis, pastikan anda mempelajari dan hafal karekter-karekter tersrsebut dahulu ya. 

 Sistem tulisan Jepun mempunyai tiga komponen iaitu hiragana, katakana dan kanji yang mempunyai abjad berbeza, serta sistem dua suku kata yang membuatkan ianya lagi sukar.
Di antara letiga-tiga tersebut, kanji merupakan perkara yang paling sukar di mana ianya menggunakan karekter Cina. 

3. Korea

Bahasa Korea merupakan bahasa rasmi bagi Korea Utara dan Korea Selatan. Di sebalik menjadi antara bahasa yang paling sukar di dunia, namun terdapat 66.3 juta penggunanya di seluruh dunia. Berbeza dengan bahasa Melayu, bahasa Korea merupakan bahasa SOV iaitu subject-object-verb, sebagai contoh “Adam buah makan”. Pelik bukan! Namun memang begitu susunanya dalam bahasa Korea.

Tatabahasa juga sangat rumit, dengan konjugasi perkataan yang kompleks, susunan perkataan dan frasa pelik. Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa Korea juga mempunyai sistem tulisan sendiri iaitu Hangul. 

Namun, ianya mempunyai sedikit persamaan dengan Bahasa Jepun, jadi tidak sukar untuk penutur bahasa Jepun untuk belajar bahasa Korea.

 

2. Arab

Arab, memang tidak dinafikan merupakan satu bahasa yang sangat rumit dan mendalam. Sehinggakan orang Arab sendiri tidak hebat dalam berbahasa Arab. Negara-negara yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi adalah Algeria, Chad, Comoros , Djibouti, Mesir, Eritrea, Libya, Mauritania, Morocco, Sudan, Tunisia, Tanzania, Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman.

Terdapat dua pecahan bahasa Arab iaitu bahasa Arab moden (Lughotul Arabiyah Ittisoliah – fusha) yang merupakan bahasa komunikasi negara-negara di atas dan juga bahasa Arab Tinggi (Lughotul Arabiyah Al-Aliyah) yang digunakan dalam Al-Quran.

Perbezaan di antara dua pecahan bahasa Arab ini bahasa Arab moden telah dimodenkandan diringkaskan, dalam percakapan dan penulisan. Kesukaran bahasa Arab termasuklah penggunaan bunyi yang tidak biasa digunakan oleh bahasa lain seperti bunyi dari dalam tekak dan juga tatabahasanya sangat mencabar, yang mana kata kerja mendahului subjek.

Ia mempunyai kosakata yang sangat banyak, dianggarkan di antara 90 hingga 500 juta perkataan. Ada yang digunakan dan ada yang tidak. Manakala tatabahasanya juga agak kompleks seperti perubahaan kata iaitu dari nominal [isim] kepada lisan [fiil], dan dari kata tunggal kepada majmuk.

 

1. Mandarin

Ianya dikatakan bahasa yang paling sukar di dunia, sehinggakan terdapat orang Cina sendiri yang tidak tahu menulis bahasa ini. Ironinya, walaupun Mandarin merupakan bahasa paling sukar di dunia, ia juga merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di atas muka bumi. 

Pertama sekali, sistem tulisannya tersangat sukar, dan perlu menghafal beribu-ribu karekter. 

Selain itu, ia merupakan bahasa yang menggunakan tona suara dengan setiap bunyi dalam sistem transkripsi pinyin mempunyai 4 sebutan yang berbeza, yang mana satu perkataan boleh disebut dengan 4 cara berlainan. Bermakna jika anda menggunakan tona yang berbeza, maksud perkataan akan berubah.

Sebagai contoh, “ma” boleh menjadi “ibu”, “kuda”, “kasar” dan juga “marah” bergantung cara anda menyebutnya. Oleh itu, ianya dianggap bahasa yang paling sukar di dunia.

contoh pinyin

Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

Pernah dengar kan pepatah Melayu di atas. Tiada yang mustahil jika anda mahu. Ingin belajar salah satu bahasa yang dikatakan paling sukar di Dunia? Kini mudah saja.

Tahukah anda kami menawarkan Kursus Bahasa Arab di salah satu negara penutur bahasa itu sendiri iaitu di Mesir dan Jordan. Sesi kemasukan bergantung kepada permintaan dan masa terluang anda. 

Jadi apa lagi! Jom belajar bahasa arab dengan suasana arab itu sendiri. Pasti menarik bukan !

Pendaftaran Online boleh dibuat di https://goo.gl/MN4UpU

Atau terus Hubungi/Whatsapp konsultan kami di talian untuk info lebih lanjut :

 

About admin

mm

Check Also

PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH BAGI LEPASAN STAM SUDAH DIBUKA 🙌👏!!!

Tahukah anda Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan atas talian bagi lepasan STAM bermula dari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *