fbpx

Madrasah Daulah 2019

Peta Negara Mesir

Program Madrasah Daulah terletak di Mesir. Madrasah Daulah adalah sebuah program yang menguruskan dan membimbing sekumpulan pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Program-program yang dirangkakan didalam Madrasah Daulah adalah bermatlamat untuk membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh sebagai seorang “Al-Azhari” bagi setiap pelajar yang berada dibawah bimbingannya.

Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir)

Madrasah Daulah menekankan dan menumpukan perhatian yang serius terhadap para pelajar didalam beberapa aspek :

✔️ Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.

✔️ Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.

✔️ Hafazan dan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.

✔️ Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.

 Syarat Kelayakkan

✔️ Terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 21 tahun tanpa mengira latar belakang pendidikan.

✔️ Disiplin dan keinginan yang tinggi untuk belajar merupakan perkara yang paling diutamakan.

Struktur Pembelajaran

Semasa di Madrasah Daulah :

-Pelajar akan membuat persediaan dahulu dan mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain sebelum mengikuti ujian bagi kemasukkan ke Mahaad Buuth.

Tempoh masa pengajian bergantung kepada tahap penguasaan pelajar :

Paling awal adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun sebelum ke universiti Al-Azhar.

Anggaran masa untuk nama naik bagi menduduki ujian kemasukkan di Maahad Buuth adalah 1 ke 2 tahun bergantung penguasaan pelajar.

-Pendaftaran awal bagi menduduki ujian akan dibuat awal semasa tiba di Mesir.

Susulan bagi ujian kemasukkan tersebut :

Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan terus ke peringkat Maahad Buuth iaitu peringkat sekolah menengah.

-Pelajar yang mendapat keputusan kurang baik akan masuk ke Dirossah Khossah iaitu pra-menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap. Bergantung kepada tahap penguasaan.

 

Lampiran gambar-gambar pelajar Madrasah Daulah

Gambar-gambar Pelajar Madrasah Daulah semasa study tour

 

JOM SERTAI MEREKA SEKARANG 👍😁

Hubungi konsultan anda untuk maklumat lebih lanjut 📞
http://wasap.my/60193731603    (Cik Elida)

Walk-in 🚶
No. 1-19, Jalan Pandan Prima Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur, Selangor

About admin

mm

Check Also

Saint Petersburg University, Russia.

Saint Petersburg University Russia Sejarah St. Petersburg Universiy (SPbU) Universiti St. Petersburg (SPbU) adalah Universiti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.
Powered by