fbpx

Kenapa Mesir Menjadi Pilihan ?

KENAPA 🇪🇬 MESIR 🤔⁉️
.
Tertanya-tanya tak kenapa ribuan pelajar Malaysia memilih Mesir 🇪🇬‼️
.
Menjadi impian setiap pelajar… untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Bumi para nabi, bumi padang pasir, bumi Musa dan bumi Firaun menjadi menara gading yang perlu didaki. 🤲👀
.
Tidak dapat dinafikan lagi Mesir 🇪🇬 merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian mereka. Manakan tidak, Mesir 🇪🇬 mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri dan penuh dengan mutiara yang perlu diterokai.
.
Sudah tentu Mesir 🇪🇬 mempunyai kelebihan yang perlu anda tahu antaranya:
.
1. Gedung Ilmu 📖📚
.
Sejak beratus-ratus tahun lagi Mesir dikenali sebagai pusat perkembangan ilmu. Bahkan sehingga hari ini ia masih lagi utuh dengan penyebaran ilmu. Banyak kelas talaqqi dan kelas-kelas agama yang disediakan samada di masjid atau pun persatuan pelajar yang ada di sana. Anda boleh terus ‘direct’ berguru dengan sheikh-sheikh di sana. Alangkah ruginya jika tidak mencedok ilmu di negara yang mempunyai ulama tersohor sedangkan anda sudah duduk di sana.

Bahagikan masa anda dengan betul dan anda akan dapat kedua-duanya iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat juga.
.
2. Lukisan Sejarah 🌍
.
Mesir itu sendiri adalah sejarah. Ianya tidak dapat dipisahkan. Setiap pelosok wilayah di Mesir adalah sejarah. Dari kisah Nabi Musa A.S sehinggalah tentang si zalim Firaun, semuanya dilakar di Mesir .
Pelbagai tempat bersejarah yang boleh dilawati untuk mengisi masa lapang dan menenangkan fikiran daripada keserabutan kuliah. Antara tempat-tempat menarik adalah:

-Universiti Al-Azhar dan Sungai Nil
-Iskandariah, bandar kedua terbesar di Mesir selepas Kaherah. 
-Gunung Sinai
.
3. Negara yang Kaya dengan Budaya 💎
.
Dengan budaya dapat membuka mata kita. Mesir mempunyai satu budaya yang patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat negara Islam iaitu budaya memberi salam. Walau di mana anda berada bahkan ketika berurusan dengan penjual roti sekalipun, ucapan salam sahut menyahut di mana-mana. Selain itu, bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling meriah di sana berbanding Syawal. Sudah pasti sambutannya jauh berbeza dengan kita di Malaysia.
.
Tanpa menafikan walau di ceruk bumi mana kita belajar, pasti ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.
Sentiasa ‘tajdid’ niat setiap hari semoga perjalanan menuntut ilmu dilindungi dan dipermudahkan oleh Allah SWT. 🙂😊
.
Teringin untuk sambung belajar di Mesir ? Nak tahu lebih lanjut? 
.
Terus hubungi/ whatsapp Konsultan Daulah untuk respon pantas di :
.
📞📨 http://wa.me/60199439419
📞📨 http://wa.me/60199439419
📞📨 http://wa.me/60199439419
.
🤗~Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult~🤗

About admin

mm

Check Also

Tawaran Kemasukan Pelajar Baru Di Universiti Terbaik Rusia, Indonesia, Mesir,Poland & Bangladesh-Tahun 2020

  TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DI UNIVERSITI TERBAIK RUSIA, INDONESIA, MESIR, POLAND & BANGLADESH – TAHUN …