PERHATIAN! Khas untuk pelajar lepasan SPM mahupun STAM

Masih merancang ke mana hala tuju anda selepas ini? Tak tahu nak sambung pengajian DI MANA? BIDANG apa yang ditawarkan? UNIVERSITI tu diiktiraf atau tidak? 

“Macam mana admin tahu? Saya betul-betul buntu ni! Admin tolonglah sayaaaa”

Jangan risau.. Admin akan guide awak ke mana patutnya hala tuju selepas SPM/STAM. Lebih-lebih lagi banyak peluang untuk mereka sambung ke MESIR

Mesti korang tertanya-tanya kan apa yang BEST sangat belajar kat MESIR ni?

MESTILAH belajar kat Mesir BEST dan LEBIH EFEKTIF kerana

  • Yuran LEBIH MURAH berbanding universiti di Malaysia dan negara-negara lain
  • Kos sara hidup RENDAH disebabkan mata wang mereka
  • Merupakan PUSAT ILMU tertua terutamanya Universiti Al-Azhar
  • Banyak SEJARAH SALASILAH ISLAM yang menarik
  • Boleh asah KEMAHIRAN BAHASA ASING secara terus dengan penutur asli
  • Syarat untuk mohon boleh menggunakan SPM atau STAM sahaja
  • Universiti DIIKTIRAF oleh JPA, MQA, MMC, MDC & MPS

 Jadi usah bimbang!

MESIR : SALAH SATU KEAJAIBAN DUNIA

Apabila bercerita mengenai negara Mesir, ramai pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke sana dan ramai juga berpendapat bahawa Mesir merupakan negara yang kaya dengan sejarah salasilah Islam, serta menjadi pusat kepada banyak penemuan artifak bersejarah. Di samping itu, negara mesir juga telah menjadi salah satu pusat akademik serantau ketika berlakunya zaman kegemilangan bagi Pengajian Islam dan kesusasteraan bahasa Arab. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati apabila belajar di Mesir salah satunya adalah Piramid Giza.

Sehingga kini, negara Mesir telah menjadi salah satu destinasi pilihan bagi pelajar  antarabangsa dari seluruh pelusuk dunia termasuklah dari Afrika, Asia dan Eropah yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang sains kesihatan seperti perubatan, pergigian dan farmasi serta bidang Ulum Islamiyah dan bidang Pengajian Islam.

MENEMPATKAN UNIVERSITI-UNIVERSITI TERKEMUKA DUNIA

Tambahan pula, Mesir mempunyai beberapa universiti terkenal yang khusus dalam bidang perubatan serta kesusteraan bahasa Arab. Antara universiti terkenal yang telah menjadi pilihan pelajar daripada seluruh dunia ialah:

1) UNIVERSITI AL-AZHAR

  • Bidang sains kesihatan (Perubatan, Farmasi, Pergigian)
  • Bidang Ulum Islamiyah
  • Bidang pengajian Islam (Usuludin, Syariah Islamiah & Bahasa Arab)

2) UNIVERSITI ZAGAZIG

  • Perubatan, Farmasi

3) UNIVERSITI TANTA

  • Pergigian, Perubatan

4) UNIVERSITI MANSOURA

  • Perubatan, Pergigian, Farmasi

5) UNIVERSITI ALEXANDRIA

  • Perubatan, Farmasi, Pergigian

6) UNIVERSITI CAIRO

  • Perubatan, Pergigian

7) UNIVERSITI AIN SHAM

  • Perubatan, Pergigian

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN anda boleh KLIK DI SINI

Justeru, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi mengenai haluan pendidikan di Mesir SECARA PERCUMA dengan konsultan terlatih kami. Cuma, anda dinasihatkan untuk membuat TEMU JANJI sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh anda ingin datang.

Untuk mendaftar secara online, anda boleh klik button di bawah

Mesir (Bidang Sains seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi)

Mesir (Ulum Islamiyah- lepasan SPM)

Mesir (Pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah)

Untuk informasi lebih lanjut mengenai jurusan-jurusan dan universiti di Mesir yang ditawarkan anda boleh hubungi di talian khidmat pelanggan di nombor 018-9624322 atau melalui emel daulahmedic@gmail.com

Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan peluang ini dan gapailah cita-cita anda untuk menimba ilmu di universiti terkemuka Mesir!

 

About admin

mm

Check Also

KURSUS BAHASA ARAB DI MESIR DAN JORDAN 2019

Siapa saja yang tidak teringin untuk mempelajari bahasa arab di bumi anbiya? Pasti semua teringin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *