Home / Daulah Medic / Vincent Pol University

Vincent Pol University

                                                        Vincent Pol University, Poland
      Vincent Pol University Logo

 

Sejarah Vincent Pol University, Poland :

Universiti Vincent Pol, Lublin di Poland. VPU adalah universiti swasta yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. Tujuan universiti ini adalah untuk merealisasikan impian belia dalam mencapai tahap yang berkelayakkan dalam bidang yang mereka minati.

Hari ini, Universiti Vincent Pol adalah bangunan moden yang mempunyai semua keperluan asas yang diperlukan untuk proses pembelajaran yang berkualiti. Selain itu, universiti ini juga adalah sebuah bangunan baru yang terdapat banyak auditorium moden seperti kelas salun kecantikan, urut, kinesitheraphy, fisioterapi dan biomekanik. Semua kelas mempunyai peralatan asas yang diperlukan oleh pelajar. Universiti ini juga mempunyai pelbagai kelas mengikut bidang masing-masing dan dewan rekriasinya sendiri. Ini termasuk gimnastik, kolam renang dan bilik untuk aerobik.

Di VPU hanya pelajar peringkat Sarjana Muda dan Sarjana sahaja. Disini terdapat program latihan dalam Bahasa Poland dan Bahasa Inggeris. Di universiti ini hanya ada empat fakulti sahaja, iaitu Fakulti Pelancongan dan Sukan, Fakulti Sains dan Kesihatan, Fakulti Sosiologi, dan Fakulti Filologi. Semua pelajar dibenarkan akses ke internet dan sistem komputer moden dan dibenarkan menggunakan perpustakaan universiti bila-bila masa sahaja.

Daulah Educonsult hanya menawarkan jurusan “Degree in International Business Management” selama 4 tahun pengajian. Untuk semua jenis lepasan layak memohon bidang ini. Bidang ini tidak terikat seperti bidang lain-lain contohnya, pelajar yang hendak  sambung dalam bidang perubatan, perlu dari aliran sains.

 

Fakta Menarik Mengenai  VPU :

  • Pada tahun 2010 VPU membuka Pusat Akademik Fisioterapi untuk penduduk Lublin dan Wilayahnya, serta untuk keperluan pelajar fakulti fisioterapi itu sendiri.
  • VPU juga menyediakan peluang rehat di pusat “Sekolah Hijau” untuk pelajarnya berehat, yang merupakan pusat pendidikan dan rekriasinya.

Kemudahan Asrama :

Vincent Field University of Social Science di Lublin bekerjasama dengan beberapa asrama swasta dan awam yang lain. Ia bergantung bilangan orang di dalam bilik dan jarak dari asrama ke universiti. 

 

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

2 comments

  1. ZURIANA MASZUIN BINTI MASTAN

    Bagaimana saya mw memohon untuk sambung belajar ke luar negara dgn tawaran biasiswa

Chat Kami Sekarang
Hubungi kami untuk anda ketahui maklumat dengan lebih lanjut