KEBERANGKATAN PELAJAR KE BANGLADESH BAGI SESI 2019

Alhamdulillah, seramai 22 orang pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan veterinar yang bakal melanjutkan pengajian di Dhaka Medical College, Dhaka Dental College, Bangladesh Agricultural University dan Mymensigh Medical College telah berlepas dari Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan terbang Dhaka, Bangladesh pada 7.00 malam bersamaan 5 Februari 2019 (selasa). Keberangkatan mereka turut dihantar oleh ibu bapa pelajar dan team kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Semoga dipermudahkan perjalanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu ini diredhai Allah SWT dan selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar dan pulang dengan kejayaan kelak InshaAllah.

Video di bawah merupakan keberangkatan pelajar bidang sains di Bangladesh intake Februari 2019

About admin

mm

Check Also

Keberangkatan pelajar Madrasah Daulah sesi November 2019 ke Mesir

Syukur Alhamdulillah pada hari ini bersamaan hari Khamis, 28 November 2019, seramai 8 orang pelajar …

2 comments

  1. Adibah Mohamed Amin

    Anak saya kini menuntut dalam Asasi Sains UMK dan berminat meneruskan pengajian dalam doktor veterinar. Walaubagaimanapun, jika beliau gagal mendapatkan tempat untuk ijazah Dr Veterinar di UMK beliau hendak cuba teruskan pengajian di Bangla / Indon dlm bidang Vet. Boleh dapatkan butiran lanjut ttg Uni dan Yuran yang diperlukan. Utk makluman CGPA beliau bagi Sem 1 tempohari adalah 3.88 dan kini dlm Sem 2 di Asasi UMK Kolej Mara Kulim. Kesemua subjek sains adalah A kecuali Bio (B+)