Home / Blog / MESYUARAT PENYELARASAN PERSIAPAN PELAJAR KE MESIR (AL-AZHAR) BERSAMA TYT DUTA REPUBLIK ARAB MESIR DI MALAYSIA

MESYUARAT PENYELARASAN PERSIAPAN PELAJAR KE MESIR (AL-AZHAR) BERSAMA TYT DUTA REPUBLIK ARAB MESIR DI MALAYSIA

Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar telah menjemput syarikat, jabatan, kementerian di Malaysia dan antara salah satunya adalah Daulah Educonsult Sdn Bhd (Tuan Syed Fuad) yang telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan persiapan pelajar ke mesir (al-azhar) yang disertai bersama TYT Duta Republik Arab Mesir di Malaysia. Mesyuarat ini telah diadakan pada 13 Februari 2019 di Pejabat WOAG Malaysia pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat yang diadakan di Petaling Jaya tersebut membincangkan tentang pengurusan persediaan pelajar-pelajar baru ke Mesir termasuklah urusan visa pelajar dan peperiksaan Imtihan Qabul serta permasalahan permasalahan lain yg biasa timbul di kalangan pelajar Malaysia di Mesir. 

Daulah Educonsult Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar kerana telah menjemput syarikat kami dan berkongsi buah fikiran bersama dalam mesyuarat itu demi kebaikan semua pelajar yang bakal ke Mesir untuk melanjutkan pengajian.

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.