Persediaan Sebelum Pelajar Berangkat ke Rusia

Pihak Daulah Educonsult ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang tidak lama lagi akan menyambung pengajian di Rusia dalam bidang Perubatan dan Kejuruteraan Pesawat! Artikel kali ini adalah checklist things to bring/do untuk persediaan pelajar yang masih tidak pasti barang yang perlu dibawa dan tidak perlu.

 

Things to do/Things to bring

1) Pakaian

  •   Kuantiti Bergantung kepada individu sendiri. Jika anda cepat merasa bosan dengan baju yang sama, Malas untuk basuh baju, Malas hendak ke dobi dan sebagainya anda perlu bawa lebih.
  •  Jenis pakaian – Pakaian untuk keluar dan ke kelas, pakaian formal (Untuk kegunaan majlis-majlis rasmi) pakaian harian (Untuk duduk di rumah/asrama) dan pakaian musim sejuk. *Pakaian musim sejuk extreme digalakkan beli di Rusia sahaja.
  •  Pakaian Shopping – Boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja. Buat anda yang gemar membeli-belah barang berjenama, anda boleh shopping di “Discount Centres” terdapat jenama-jenama terkemuka seperti Nike, Reebok, Adidas dan sebagainya dengan tawaran harga yang sangat murah. Lebih-lebih lagi pada Winter Sale yang bermula pada bulan Disember.
  •  Ciri pakaian – Menutup aurat, tidak ketat, tidak singkat dan tidak jarang. (Dengan mematuhi garis panduan pemakian islam, anda boleh solat di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi semasa kelas ataupun di pusat membeli-belah dan sebagainya tanpa memerlukan pakaian solat buat kaum wanita).

 

2) Dokumentasi

  •  Gambar – Anda digalakkan membawa minimum 20 keping gambar passport size and non-glossy untuk kegunaan urusan-urusan seperti di universiti, tajaan dan sebagainya. *Non-glossy diperlukan kerana kertasnya lebih kesat dan sebarang cop yang dicopkan di atas gambar tidak mudah tertanggal.
  •  Sijil-Sijil – Anda digalakkan membawa sijil-sijil yang berkaitan dengan akademik untuk kengunaan urusan-urusan seperti permohonan biasiswa dan lain-lain. 

 

 3) Urusan Bank

  •   Akaun Bank – Pelajar digalakkan mengaktifkan akaun Maybank untuk pengeluaran wang anda dimana-mana ATM di luar negara
  •  Kad ATM Maybank – Selepas akaun bank anda sudah diaktifkan, 1) Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia 2) Pada screen, tekan “other options” sehingga anda jumpa “Menu” <Plus Activation> 3) “Aktifkan” dan kod bank anda akan sedia digunakkan di mana-manamesin ATM di seluruh dunia.

 

 4) Ubat-ubatan & Kesihatan

878852718

Sekiranya anda mengidap penyakit-penyakit kronik seperti asma, migraine, alahan dan lain-lain, anda perlu rujuk pada doktor untuk mendapatkan nasihat terakhir sebelum berlepas. Dapatkan bekalan ubat yang secukupnya dan pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberi oleh doktor agar mudah untuk anda membelinya disana nanti.

 

5) Peralatan Elektrik

  •   Periuk nasi elektrik adalah antara perkara paling penting untuk dibawa. Lebih mudah jika anda berpakat dengan beberapa kawan anda untuk kongsi bersama.
  •  Adpter paling penting disana, plugnya dua pin dan tidak sama seperti barang-barang elektrik yang dijual di Malaysia.

 

6) Makanan

Antara makanan-makanan yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk memilih makanan yang hendak dibawa ke sana nanti adalah:

  • Perencah nasi goreng
  • Ikan bilis
  • Santan serbuk
  • Serbuk cili/cili kering
  • Serbuk rempah kari, sup, tomyam dan sebagainya
  • Asam Jawa & Asam Keping (Di Rusia tiada)
  • Kicap & Sos Cili (Sos dibungkus dalam plastik, Kicap diisi dalam botol plastik untuk mengurangkan berat luggage).
  • Cili api, daun kari, daun pandan, daun limau purut dan serai (Patikan tidak lembab, disimpan dalam bungkusan yang kemas, selepas tiba disana perlu disimpan di ruang beku peti supaya tahan lama

 7) Alatan pembelajaran

  •   Sebagai permulaan, anda digalakkan membawa alat tulis asas. Sediakan juga buku catatan.
  •  Buku teks akan disediakan oleh pihak universiti.

 

Semoga maklumat yang disampaikan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua pelajar yang akan berangkat ke Rusia tidak lama lagi dan Selamat maju jaya!

 

 

About admin

mm

Check Also

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR KE MESIR INTAKE FEB 2019

17 Januari 2019 – Program orientasi pelajar ke mesir intake feb 2019 telah diadakan bertempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *