fbpx

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR KE MESIR INTAKE FEB 2019

17 Januari 2019 – Program orientasi pelajar ke mesir intake feb 2019 telah diadakan bertempat di Pejabat Daulah Educonsult pada pukul 2 tengahari sehingga pukul 9 malam. Program ini diadakan untuk memberi sedikit sebanyak maklumat, penguasaan bahasa arab, peraturan-peraturan di sana dan sedikit persediaan kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke timur tengah. 

Program orientasi ini dibuat khas untuk pelajar-pelajar Madrasah Daulah dan pelajar Universiti Al-azhar yang telah berangkat ke Mesir pada 26/3/2019. Pihak Daulah telah menjemput khas Guru bahasa arab iaitu Ustaz Mohammad Haizan bin Mohd Rozi yang merupakan salah seorang pelajar lepasan Ijazah Sarjana Ulum Islamiah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dan sekarang bekerja sebagai Eksekutif Program Maqasid Syari’ah di Institute darul ehsan (ide) untuk memberi sedikit sebanyak penguasaan asas bahasa arab kepada pelajar-pelajar bagi memudahkan pengurusan mereka di sana kelak.

Pihak Daulah Educonsult mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar semoga para pelajar dapat menyesuaikan diri dan berjaya pulang dengan segulung ijazah dari bumi anbiya, Aminn.

Ada yang berminat untuk mengikuti pada sesi seterusnya ?

Ayuh, rasai pengalaman belajar di bumi Arab, melihat cara kehidupan masyarakat arab dan merasai kelazatan makanan tradisi masyarakat arab.

Video program orientasi yang telah diadakan pada 17/2/2019

Klik link di bawah untuk pendaftaran baru 👇🏻 :

Jangan lepaskan peluang anda 😉. Jom hubungi konsultan anda .

📱Customer service: https://wa.me/60189624322 
📱Tuan Syed Fuad: http://wa.me/60132090322
Pejabat : 03-92851322

Alamat pejabat:
No1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima , Kuala Lumpur.

About admin

mm

Check Also

Keberangkatan pelajar ke Volgodgrad State Medical University Rusia sesi September

Pada 15 oktober  2019, hari selasa pada jam 10.30 malam sebelum berlepas jam 2 pagi, …

2 comments

  1. How to apply for this program especially for spm leavers of 2018