fbpx

Kemasukan Ke Maahad Buuth, Al-Azhar sesi 2019

Madrasah Daulah adalah sebuah program yang mengurus dan membimbing pelajar-pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam aliran Pengajian Islam (Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab). Program ini adalah untuk pelajar yang tidak mempunyai SPM/STAM tetapi mempunyai plan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama atau pengajian islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Program-program yang dirangkakan didalam Madrasah Daulah adalah bermatlamat untuk membina keperibadiaan dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh.

Syarat Permohonan
-Lelaki atau Perempuan
-Berumur 14-21 tahun
-Berminat untuk mempelajari ilmu agama
-Bersedia mengikut peraturan & aktiviti yang di tetapkan 

Semasa di Madrasah Daulah

Di Madrasah Daulah pelajar akan mempelajari Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Talaqqi Kitab bersama Syeikh, Pengajian Umum, Pengajian Bahasa Arab dan Program Study Tour sementara menunggu nama pelajar naik (dalam tempoh 1-2 tahun) untuk ujian kemasukkan ke Mahaad Buuth. Ujian tersebut akan menentukan pelajar Ke Mahaad Buuth (Sekolah Menengah) atau Dirosah Khossoh (Pra-Menengah).

Pelajar sedang bertalaqi bersama Sheikh

Semasa program study tour di Mesir

 

Pelajar-pelajar ke kelas bahasa

 

Mahaad Buuth (Menengah)

Mahaad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan Antarabangsa dibawah Universiti Al-Azhar. Disini pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Manakala yuran, gaji guru, ditanggung sepenuhnya oleh bahagian kebajikan Universiti Al-Azhar. Tempoh pengajian di Mahaad Buuth (4-6 tahun) sebelum ke Universiti Al-Azhar.

Maahad Buuth, Al-Azhar (Sek. Men. Al-Azhar)

 

 

Dirosah Khossoh (Pra-Menengah)

Kelas persediaan sebelum ke Mahaad Buuth tidak terikat dengan masa yang tertentu, hanya mengikut kebolehan dan kecekapan pelajar.Disini pelajar mampu menjimatkan masa kerana diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Tahdid Mustawa (lompat kelas) ke peringkat lebih tinggi mengikut tahap kemampuan masing-masing.

 

Lokasi

Ma’ahad Buuth Islamiyyah Al-Azhar ini terletak di Abbasiyyah, Kaherah, Mesir. Jika menaiki kenderaan, perjalanan lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Majid Al-Azhar. Selain itu, Maahad Buuth juga berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyahh, Kaherah (DMAK) atau dikenali sebagai (ARMA) yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak kedutaan Malaysia.

Soalan Lazim

  • Soalan : Sebelum masuk ke Madrasah Daulah ada ujian kemasukkan/temuduga tak ?

Jawapan : Tiada temuduga dijalankan untuk menyertai program ini, tetapi ibubapa dan pelajar perlu hadir ke pejabat untuk mendengar taklimat mengenai program ini secara menyeluruh.Sebelum memasukki Mahaad Buuth (Sek.Men Al-Azhar), pelajar perlu menduduki ujian kemasukan untuk menentukan pelajar terus ke peringkat menengah atau pra-menengah.

 

  • Soalan : Berapa kos sara hidup disana ?

Jawapan : RM300-RM500 sebulan. Tidak termasuk yuran bulanan.

 

  • Soalan : Saya nak masuk ke Program Madrasah Daulah tetapi umur saya sudah 22 tahun. boleh ke ?

Jawapan : Syarat untuk mendaftar ke Maahad Buuth adalah pelajar berumur 13-21 tahun sahaja.

 

  • Soalan : Adakah pelajar-pelajar ini akan terlibat dengan rusuhan atau acara membangkang di Mesir ?

Jawapan : Pihak kami akan memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut selagi pelajar masih lagi dibawah jagaan “Musyrif Daulah”. Para pelajar juga perlu patuh pada peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Madrasah Daulah.

 

  • Soalan : Bagaimana saya nak tahu prestasi anak saya ?

Jawapan : Berkenaan prestasi pelajar, ibubapa boleh terus hubungi Tuan Syed Fuad. Biasanya setiap bulan ibubapa akan diberitahu tentang prestasi pelajar.Ibubapa juga boleh menghubungi pelajar melalui whatsapp.Prestasi pelajar di Mahaad Buuth sahaja perlu didapati “direct” daripada pihak sekolah.

 

Sekiranya anda berminat, boleh membuat pra-pendaftaran Program Madrasah Daulah di :

https://goo.gl/c4UnMe

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi :

013 209 0322 (Tuan Syed Fuad) http://wa.me.60132090322 

018 962 4322 (Khidmat Pelanggan) http://wa.me.60189624322

03 928 51322 (Pejabat)

About admin

mm

Check Also

MAJLIS BERBUKA PUASA MADRASAH DAULAH 2019

Alhamdulillah pada hari Isnin 27 Mei 2019, Madrasah Daulah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama …