fbpx

Sebab-Sebab Memilih Universiti Sumatera Utara, Indonesia

Sejarah Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 Jun 1952.

Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara (USU) untuk memenuhi keinginan masyarakat Sumatera Utara khususnya dan masyarakat Indonesia umumnya.

Apa sebab-sebab universiti ini menjadi pilihan pelajar di Malaysia?

#Lokasi Universiti yang berhampiran bandar

Universiti yang terletak di tengah-tengah bandar menjadi tarikan kepada pelajar-pelajar. Lokasinya yang berdekatan dengan Sun Plaza Mall, Medan Mall dan Merdeka Walk memudahkan pelajar untuk berkunjung membeli barang dan mengisi masa lapang bersama rakan. Jarak perjalanan ke bandar hanya 10 minit sahaja.

Pelbagai kemudahan yang terdapat di sekitar bandar seperti kemudahan pengangkutan, masjid/surau dan kedai makan yang tidak terkira banyaknya.

Jadi bagi anda yang memilih USU sebagai tempat menyambung pengajian anda boleh berkunjung ke mal-mal dan tempat menarik sekitar bandar.

#Kemudahan yang lengkap dalam universiti

Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan, kemudahan sukan dan ruang sukan, mesin juruwang automatik dan kedai makan di dalam kampus.

Kemudahan yang disediakan ini sangat memudahkan bagi pelajar. Jadi anda tidak perlu risau lagi tentang aktiviti apa yang boleh dilakukan atau kedai makan di dalam universiti.

#Pelbagai restoran halal yang sedap

Di Medan, terdapat pelbagai restoran halal yang menyajikan makanan yang halal dan sedap. Bagi pelajar-pelajar dari USU mereka boleh mencari makanan di sekitar universiti atau di bandar. Pelbagai jenis makanan seperti Ayam Penyet, Bakso, Nasi berlauk yang boleh didapati disana.

Jarak perjalanan untuk ke kedai-kedai juga sangat dekat dan harganya berpatutan. Anda boleh memilih atau bertukar hidangan mengikut cita rasa anda. Harganya juga berpatutan. Mudah sahaja untuk mencari makanan yang sedap di Medan.

Bidang apa yang ditawarkan di USU?

  1. Perubatan
  2. Pergigian
  3. Farmasi
  4. Ekonomi
  5. Politik Sains
  6. Kejuruteraan
  7. Psikilogi
    Dan lain-lain

Antara banyak-banyak bidang hanya Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja yang mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysian Medical Council, Malaysian Dental Council dan Persatuan Farmasi Malaysia.

Fakulti Perubatan

Credit photo: http://www.usu.ac.id/fakultas-kedokteran.html

Fakulti Pergigian

Credit photo: http://www.usu.ac.id/fakultas-kedokteran-gigi.html

Fakulti Farmasi

Credit photo: http://www.usu.ac.id/fakultas-farmasi.html

Inilah antara tiga bidang yang sering ditawarkan kepada pelajar di Malaysia. Apa syaratnya?

SYARAT KELAYAKAN
  1. Mempunyai STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  2. Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
  3. Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.
TEMPOH PENGAJIAN
  • Perubatan – 5 tahun setengah
  • Pergigian – 5 tahun
  • Farmasi – 4 tahun

Berminat untuk menjadi salah seorang mahasiswa/i Universiti Sumatera Utara, Medan?

Ayuh, daftarkan diri anda segera disini << PENDAFTARAN ONLINE >>

Inginkan maklumat lanjut ? Terus layari laman web www.daulahmedic.com atau anda juga boleh menghubungi konsultan mereka di talian :

Customer service 1: (0189624322https://wa.me/60189624322 
Customer service 2: (0182429322https://wa.me/0182429322

 

About admin

mm

Check Also

 Jom Sambung Belajar Di Madrasah Daulah Tanpa Sijil SPM dan Stam

🎊🎊 Jom Sambung Belajar Di Madrasah Daulah Tanpa Sijil SPM dan Stam🙌✔  . BETUL KE TANPA …