Home / Blog / Ketahui cara hindari perut buncit!

Ketahui cara hindari perut buncit!

Masalah perut buncit sering terjadi kepada perempuan dan lelaki yang berbadan kurus berbanding mereka yang mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan.

Siapa sahaja yang suka mempunyai masalah perut buncit kan? Kalau boleh kita sentiasa impikan dan idamkan penampilan yang menarik tanpa masalah perut buncit.

Tapi apakah punca utama masalah perut buncit dan apa pula jalan penyelesaiannya?

Ketahui 5 punca dan cara hindari perut buncit!

  1. Elakkan mengambil makanan berat sebelum tidur

Antara salah satu punca perut buncit adalah kerap memakan makanan yang berat di waktu malam dan mengambil makanan secara berlebihan di waktu malam. Jika ini berlaku ia akan mengakibatkan makanan tidak dapat diproses dengan baik atau dicerna dalam masa yang singkat di waktu malam. Oleh itu, jika berasa lapar di waktu malam seeloknya mengambil makanan yang lebih ringan dan pastikan anda membiarkan makanan dicerna selama beberapa jam sebelum tidur.

  1. Hindari pengambilan karbohidrat yang terlalu tinggi

Anda juga dinasihatkan untuk memilih makanan dan minuman yang bersesuaian dengan anda. Memilih makanan seperti nasi, ayam goreng atau yang berkalestrol tinggi akan mengakibatkan lemak yang berlebihan dan lemak akan terkumpul di bahagian perut jika anda membiarkan tanpa atasi. Pastikan anda memilih atau menghadkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat.

  1. Bersenam atau beryoga

Punca lain perut anda mempunyai lemak yang berlebihan atau yang terkumpul apabila makanan yang dimakan lambat dicerna. Cara mudah untuk mengaktifkan sistem cernaan anda pastikan anda melakukan senaman dengan lebih kerap. Fokuskan lebih di bahagian perut jika anda ingin kekal menarik tanpa kehadiran perut buncit.

  1. Jarakkan sedikit masa untuk minum air selepas makan

Faktor lain yang menyebabkan perut mudah buncit adalah apabila anda mengambil minuman yang berlebihan selepas makan. Minum air sejurus selepas makan adalah aktiviti yang perlu dielakkan. Pastikan anda menjarakkan masa untuk minum air selepas makan. Anda dicadangkan minum air selepas 30 minit atau 1 jam selepas makan.

  1. Amalankan sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran adalah makanan yang tinggi vitamin A, C dan E. Sayuran dan buah-buahan digalakkan untuk diambil setiap hari. Pelbagai kebaikan yang boleh kita perolehi dengan memakan sayuran dan buah-buahan. Setiap sayuran memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita. Antara sayuran yang boleh mengelakkan perut buncit adalah daun tea dan juga halia.

Kini anda sudah mengetahui masalah dan punca puncit perut buncit  Ayuh, sama-sama kita amalkan untuk kekal menarik dan menawan.

 

Peluang terbuka kepada anda yang merupakan pelajar lepasan SPM/IGCSE/STPM/Asasi/Matriks/A level/Diploma dan setaraf yang mempunyai impian untuk merasai kehidupan di negara orang.

Pihak Daulah Educonsult kini membuka peluang keemasan kepada anda yang ingin menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang Perubatan, Pergigian, Veterinar, Farmasi, Kejuruteraan dan banyak lagi.

Ayuh, daftarkan diri anda segera di google form ini <PENDAFTARAN>

Inginkan maklumat lanjut ? Terus layari laman web www.daulahmedic.com atau anda juga boleh menghubungi konsultan mereka di talian 018-9624322/019-2429322.

Customer service 1: (0189624322) https://wa.me/60189624322 
Customer service 2: (0182429322) https://wa.me/0182429322

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.