fbpx

PUNCA-PUNCA SAKIT GIGI!

Sakit gigi tidak asing lagi bagi semua orang. Boleh dikatakan semua pernah merasai rasa sakit gigi. Apabila sakit gigi menyerang kesakitannya amatlah tidak dapat di bendung lagi. Jadi bagaimana cara untuk mengelak rasa sakit gigi?

Sebelum anda mengetahui cara sakit gigi, kita perlu tahu punca-punca sakit gigi dulu! Jadi apakah puncanya?

Antara punca sakit gigi adalah :

Kerap makan makanan ringan

Makanan ringan adalah makanan yang kurang khasiatnya. Apabila kita kerap makan makanan ringan ia akan memberikan kesan yang buruk kepada gusi dan mengakibatkan punca sakit gigi. Jadi buat anda elakkan dan kurangkan pengambilan makanan ringan.

Makan ais

Ramai dikalangan kita yang gemar meminum air yang sejuk sambil mengunyah ais. Tanpa mereka sedar ais memberikan kesan yang kurang baik kepada gusi. Ia akan melemahkan gusi anda dan akan mengakibatkan kerosakan pada gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan ais yang berlebihan untuk memastikan gigi anda kekal kuat dan sihat.

Tumbuh gigi bungsu

Faktor pertumbuhan gigi bungsu juga boleh mengakibatkan rasa sakit gigi yang sangat teruk. Perkara ini tidak dapat dielakkan dengan mudah, semua akan merasainya. Sakit yang sukar ditanggung jika anda terkenanya.

Kekurangan zat

Vitamin C juga amat penting untuk gusi yang kuat. Makanan yang banyak kandungan vitamic C akan membantu memberikan kekuatan kepada gigi anda. Oleh itu, makanlah sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan gigi yang kuat.

Jadi itulah antara punca sakit gigi! Elakkan mengambil makanan yang tidak sihat ya!

 

About admin

mm

Check Also

 Jom Sambung Belajar Di Madrasah Daulah Tanpa Sijil SPM dan Stam

🎊🎊 Jom Sambung Belajar Di Madrasah Daulah Tanpa Sijil SPM dan Stam🙌✔  . BETUL KE TANPA …