Home / Daulah Medic / JOM MASUK UNIVERSITI ALEXANDRIA,MESIR

JOM MASUK UNIVERSITI ALEXANDRIA,MESIR

Universiti Alexandria merupakkan sebuah universiti penyelidikan awam yang berada di Alexandria, Mesir dan telah diasaskan oleh Taha Hussein. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1938 dan menjadi satu entiti bebas pada tahun 1942.

Pada permulaannya, universiti ini dikenali sebagai Universiti Farouk sehingga Revolusi Mesir pada tahun 1952. Setelah itu, namanya ditukar kepada Universiti Alexandria. Universiti ini merupakan universiti kedua yang terbesar di Mesir dan mempunyai banyak hubungan dengan pelbagai universiti untuk penyelidikan yang berterusan.

Program yang ditawarkan di universiti ini ialah

  1. IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN selama  6 Tahun
  2. IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN  selama 5 Tahun
  3. IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI  selama 5 Tahun

Universiti Alexandria ini juga merupakan perintis dan inovatif yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang boleh diakses, mudah disesuaikan dan mencabar serta membangunkan graduan dan penyelidikan saintifik yang diperlukan untuk memenuhi keperluan peringkat tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan mereka di dalam kelas.

Mereka juga sentiasa menerapkan kreativiti dan perpindahan pengetahuan melalui pengajaran, penyelidikan, dan karya kreatif agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat melalui pemerhatian pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan di peringkat kecemerlangan antarabangsa yang tertinggi.

Anda berminat untuk sambung belajar di Universiti Alexandria tetapi tidak tahu caranya?

Jangan risau, Daulah Educonsult pasti akan membantu anda.

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.