fbpx

Kelebihan Mempelajari Bahasa Arab

Bahasa arab memiliki kelebihannya tersendiri, tidak salah jika kita menjadikan Bahasa arab sebagai Bahasa kedua kita. Tambahan, ketika kita mengerjakan ibadah juga menggunakan Bahasa arab. Antara kelebihan Bahasa arab adalah :-

  1. Mudah fahami Al-Quran

Allah SWT telah menurunkan al-quran dalam Bahasa arab. Firman Allah SWT ysng bermaksud, “Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan Bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf:2) Pada awalnya memang agak sukar untuk memahami Bahasa arab, namun akan menjadi mudah apabila kita bersungguh-sungguh untuk mendalami Bahasa Al-Quran. Bukan itu sahaja, kita juga akan memahami makna ayat-ayat Al- Quran.

2. Melancong

Setiap kali melancong ke luar negara, kita sering menggunakan Bahasa Inggeris. Tetapi jika kita malancong di negara-negara arab seperti Kuwait, Mesir, Qatar, kita boleh berkomunikasi secara langsung kerana kebanyakan mereka tidak memahami Bahasa Inggeris. Selain itu, kita juga tidak akan mudah tertipu dengan peniaga sekiranya kita hendak membeli sesuatu barangan. Secara tidak langsung, penipuan atau salah faham dapat dielakkan ketika membeli belah di sana.

3. Menambahkan ilmu pengetahuan

Jika kita mempelajari Bahasa arab, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan selain dapat menguasai ilmu Bahasa asing. Contohnya, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam, seseorang itu wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran.

4. Peluang sambung belajar

Jika anda mempunyai impian untuk menyambung pengajian di Timur Tengah, ini adalah masanya untuk mengasah kemahiran berbahasa arab sebelum anda terbang. Selain itu, anda juga akan mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat arab di sana. Misalnya anda menyambung pelajaran dalam bidang perubatan atau pergigian, anda juga boleh berkomunikasi bersama pesakit tanpa ragu-ragu.

Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran di Mesir atau ingin mengambil kursus Bahasa arab? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.

Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form:

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

About admin

mm

Check Also

TAWARAN BELAJAR DI MAAHAD BUUTH AL-AZHAR TANPA SPM/STAM

Anda yang tiada SPM/STAM mesti tengah risau nak sambung belajar di mana kan❓ Mesti anda …