fbpx

Ketahui 3 Kaedah Untuk Memasuki University Al- Azhar

Semua orang pasti bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di universiti luar negara. Tambahan pula di Mesir mempunyai universiti terbaik iaitu Universiti Al-azhar dimana merupakan universiti tertua di dunia yang masih kekal sehingga kini. Perkembangan sistem pembelajaran juga semakin baik. Zaman berganti zaman memberikan peluang dan ruang kepada kerajaan Mesir untuk membuka lebih banyak Universiti selain Al-Azhar. Pelajar dari seluruh pelusuk dunia diberikan peluang untuk menempatkan diri mereka disalah satu universiti terbabit.

Oleh itu Daulah Educonsult menawarkan 3 pilihan untuk pelajar yang ingin realisasikan impian belajar di Universiti Al-Azhar, ayuh kita bongkar satu per satu kaedah tersebut :

  • Melalui Sijil SPM

Jika anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM, anda layak untuk memohon bidang pengajian yang anda minati samada bidang sains mahupun pengajian islam di university al-azhar dengan Sijil SPM.

Syarat kelayakannya adalah sekurang-kurangnya B dalam subjek BM, BI, MATH, SEJ, ADDMATH, BIO, FIZIK & KIMIA untuk bidang sains manakala pengajian islam sekurang-kurangnya B dalam subjek BM, BI, MATH, SEJ, B.ARAB, SYARIAH ISLAMIAH, PENDIDIKAN AL-QURAN & SUNNAH.

  • Melalui STAM

Kaedah kedua pula, jika syarat SPM anda tidak melepasi seperti diatas jangan risau kerana anda boleh memohon dengan menggunakan sijiL STAM dengan syarat perlu mendapat sekurang kurangnya Jayyid di dalam Sijil STAM.

 

  • Program Madrasah Daulah

Melalui program Madrasah Daulah, anda akan dibantu untuk memasuki Maahad Buuth (Sekolah Menengah Al-Azhar) seterusnya ke Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian islam tanpa sebarang Sijil SPM & STAM.

Madrasah Daulah terbuka kepada pelajar lelaki atau perempuan berumur 14 tahun hingga 21 tahun yang mempunyai azam yang tinggi untuk belajar dalam bidang agama dengan lebih mendalam dan mampu mengikuti syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat-syaratnya mudah sahaja tidak rumit dan tidak terlalu ketat. Inginkan maklumat lanjut ? Boleh layari laman web www.madrasahdaulah atau anda juga boleh menghubungi konsultan mereka di talian 011-26049599 CIK KARMILA), bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Baru. Kemasukan terhad kepada 7 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan.

 

 

 

About admin

mm

Check Also

TAWARAN BELAJAR DI MAAHAD BUUTH AL-AZHAR TANPA SPM/STAM

Anda yang tiada SPM/STAM mesti tengah risau nak sambung belajar di mana kan❓ Mesti anda …