Aktiviti hari kedua untuk kesemua pelajar yang telah berangkat ke Medan, Indonesia adalah membuat pemeriksaan kesihatan di Rumah Sakit Universitas Sumatera Utara pada waktu pagi, Khamis 8 Ogos 2019.
Kelihatan pelajar sedang berkumpul dan menunggu giliran untuk membuat checkup.
Setelah pelajar-pelajar selesai membuat pemeriksaan, mereka akan di bawa ke Bank Negara Indonesia (BNI) untuk membuka akaun bank dan seterusnya “campus visit” bagi memudahkan urusan pelajar selepas ini untuk masuk ke fakulti fakulti mengikut bidang masing masing. Dan juga menyelesaikan hal ehwal pengurusan universiti kelak!
.
Apakah aktiviti pelajar untuk hari ketiga pula? Pasti semua tak sabar untuk tahu lebih lanjut. InsyaAllah admin akan kongsikan nanti