Keberangkatan pelajar Madrasah Daulah sesi November 2019 ke Mesir

Syukur Alhamdulillah pada hari ini bersamaan hari Khamis, 28 November 2019, seramai 8 orang pelajar yang menyertai Program Madrasah Daulah yang diiringi oleh seorang pengiring, Ustaz Iqbal telah berangkat ke Kaherah, Mesir daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9.40 pagi.

Para pelajar berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seawal 6 pagi untuk mendengar taklimat ringkas daripada Tuan Syed Fuad dan bacaan doa oleh Ustaz Iqbal sebelum berlepas ke Mesir.

Terdapat juga ibu bapa dan sanak saudara yang turut hadir untuk menghantar pelajar yang akan menyertai Program Madrasah Daulah di Kaherah, Mesir.

Diharapkan agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dipermudahkan urusan mereka di sana. Selamat maju jaya diucapkan daripada team kami Daulah Educonsult.

Anda berminat nak belajar di luar negara seperti mereka?. Daulah Educonsult semestinya dapat memenuhi impian anda!. Ayuh! Daftar segera untuk sesi kemasukan Januari 2020.

#DaulahEduconsult #MadrasahDaulah #belajarluarnegara

About admin

mm

Check Also

Sejarah Kursk State Medical University : Ditubuhkan pada 7 Februari 1935, Kursk State Medical University …