Home / Daulah Medic / PROGRAM TOUR JAULAH ILMIAH DI MESIR

PROGRAM TOUR JAULAH ILMIAH DI MESIR

Pada hari Sabtu yang lalu, 28 Disember 2019, pelajar Madrasah Daulah telah menyertai program “Tour Jaulah Ilmiah di Mesir”. Pada jam7.15 pagi, pelajar telah berkumpul di Hadiqah Lotus. Program dimulakan dengan lawatan ke Piramid Giza pada jam 9 pagi. Selepas itu, pelajar dibawa untuk melawat Masjid Amr Al-Ash (RESOMA) pada jam 11 pagi.

Kemudian pada jam 12.30 tengahari, lawatan diteruskan ke kubu Salahuddin Al-Ayubi. Pada jam 3 petang, program diteruskan dengan menziarahi maqam Imam Syafie. Seterusnya, pelajar dibawa untuk berkelah di Hadiqoh Al-Azhar sebelum bertolak pulang pada jam 5 petang.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Semoga lawatan ini dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar dan mengeratkan ukhuwah sesama mereka, InsyaAllah.

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.