Rusia Antara Pilihan Pelajar Malaysia Meyambung Pengajian Dalam Pelbagai Bidang!

Rusia mempunyai pelbagai pilihan universiti hebat bagi bidang Perubatan dan Kejuruteraan yang anda patut jadikan pilihan bagi yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat Asasi mahupun Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan dan Kejuruteraan.

Kenapa Anda Perlu Belajar di Rusia?

Masyarakat di Rusia sudah berkembang maju dan mereka juga telah memberi perhatian terhadap kewujudan masyarakat beragama Islam di sana. Buktinya ialah terdapat pembahagian antara makanan yang halal dan juga tidak halal di pasar raya di Rusia. Jadi anda tidak perlu risau tentang mencari makanan yang halal disana. Selain itu, universiti yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada WHO, MMC, JPA dan KPT.

Ini antara senarai universiti-universiti yang boleh anda target untuk masuk. Jangan risau, universiti dalam senarai ni antara yang terbaik kat sana!

(a) Kursk State Medical University – Program Pra-Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Gerentology(Sosial Work)

(b) I.M. Sechenoz First Moscow State Medical University (MSMU)- Ijazah Sarjana Muda Perubatan

(c) Moscow Aviation Institute (MAI)– Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (pelbagai bidang industri pesawat udara)

(d) Volgograd State Medical University– Ijazah Sarjana Muda Perubatan

(e) Privolzhsky Research Medical University(previously named Nizhny Novgorod State Medical University) – Ijazah Sarjana Muda Perubatan

Tambahan bagi bidang pengajian perniagaan.

(f) Saint Petersburg State UniversityIjazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan

Siapa yang boleh memohon ?

Bermula dari Sijil SPM, IGCSE, O-LEVEL, A-LEVEL, STPM, Matrikulasi, Asasi, IB, Diploma atau sijil setaraf yang lain.

Syarat Kelayakan

Bagi lepasan SPM dan setaraf, syarat kelayakannya ialah minimum B dalam semua subjek sains. Bagi lepasan Diploma/STPM/Asasi dan setaraf, syarat kelayakannya ialah minimum CGPA 3.0. Sekiranya anda tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut, usah bimbang, konsultan Daulah Educonsult sedia membantu anda.

 

Walaupun tawaran yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara sangat terhad disebabkan oleh kuota yang ditetapkan oleh universiti awam, namun impian anda untuk menyambung pelajaran ke luar negara kini bukan lagi mimpi kerana Daulah EduConsult Sdn Bhd akan membantu anda untuk terbang bersama impian anda bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara!

Kurang info mengenai bidang yang ditawarkan oleh 6 top universiti di Rusia seperti diatas?

Tidak perlu risau dah. Syarikat bumiputera di Kuala Lumpur iaitu Daulah Educonsult Sdn Bhd mampu membantu untuk memberikan info yang padat dan bakal merealisasikan impian anda untuk sambung pengajian di luar negara.

untuk info pantas atau boleh ke talian :-  Konsultan Pendidikan : 01126049599/0182429322 (Cik Karmila)

 

About admin

mm

Check Also

Tawaran Program Pengajian di Mesir Sesi 2020

TAWARAN PENGAJIAN DI MESIR – PROGRAM MADRASAH DAULAH & KURSUS BAHASA ARAB (SESI SEPTEMBER 2020)-Tanpa …