Home / Artikel / Sambung Belajar Di Rusia Bersama Daulah Educonsult.

Sambung Belajar Di Rusia Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan pelajar untuk menyambung pengajian di Rusia untuk sesi 2021 ini. Terdapat pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan di Rusia. Tawaran juga dibuka untuk pelajar yang mahu sambung pengajian di negara lain seperti  Indonesia, Poland, Mesir, Turki dan Bangladesh.

Terdapat pelbagai universiti yang di tawarkan. Pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut dengan melayari laman web Daulah Educonsult.

Pelajar tidak perlu risau kerana universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult mendapat pengiktirafan.

Pengiktirafan daripada:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Universiti – universiti yang ditawarkan di Rusia ialah seperti berikut:

  • Kursk State Medical University,
  • Privolzhsky Research Medical University,
  • Volgograd State Medical University,
  • Moscow Aviation Institute
  • Saint Petersburg University
  • I.M. Sechenov First Moscow Medical University
  • Russia National Research Medical University

Bidang pengajian yang ditawarkan di universiti berkenaan adalah seperti kejuruteraan pesawat, pra-perubatan, perubatan, pergigian, farmasi dan gerantologi. Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult.

Kursk State Medical University 

Kursk State Medical University menawarkan bidang pengajian pra-perubatan, perubatan, farmasi dan gerontologi. Malah, universiti ini adalah yang paling terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia.

Bukan itu sahaja, universiti ini merupakan antara 10 universiti terbaik di Rusia dan ia ditubuhkan pada 7 Februari 1935. Di antara pencapaiannya yang banyak, KSMU adalah Universiti pertama di Rusia untuk menawarkan pelajar program latihan Perubatan dalam bahasa Inggeris. Universiti ini juga merupakan yang pertama membuka pejabat perwakilan di Malaysia.

KSMU, melakukan pengajian secara atas talian di Malaysia, kemasukan terdekat ialah Februari 2021 ini. Tujuan belajar online dilakukan adalah mahu memudahkan semua pelajar di dalam keadaan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Privolzhsky Research Medical University

Universiti ini merupakan institut pendidikan perubatan pertama yang paling berprestij di bandar purba Nizhny Novgorod, Rusia. Universiti ini berada di tangga ke 7 daripada 46 institutsi pengajian perubatan yang lain. Bidang pengajian yang ditawarkan ialah bidang perubatan.

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1920. Universiti ini adalah sebahagian daripada fakulti Nizhny University pada tahun 1920, lalu diasingkan pada tahun 1930 dan menjadi Institusi Perubatan yang berdikari sendiri. Oleh kerana prestasi akademik yang luar biasa, institut itu kemudian mendapat status “State Academy” pada tahun 1994.

Volgograd State Medical University

Volgograd State Medical University menawarkan bidang pengajian perubatan, farmasi dan lain – lain. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1935. Universiti ini juga telah menerima pelajar luar negara sejak tahun 1962. Selain itu, universiti ini turut menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 2020.

Saint Petersburg University

Universiti ini ditubuhkan tahun 1724 dan merupakan universiti tertua dan yang paling besar di Rusia. Bukan itu sahaja, universiti ini telah mengekalkan hubungan dengan universiti di peringkat antarabangsa seperti Universiti Bologno, University Hamburg dan banyak lagi.

Saint Petersbug University adalah pusat utama sains, pendidikan dan budaya Rusia yang mempunyai kedudukan antarabangsa yang tinggi.

I.M. Sechenov First Moscow Medical University

I.M. Sechenov First Moscow Medical University adalah institusi pendidikan tinggi tertua dan terbesar di Persekutuan Rusia. Selama lebih dari 250 tahun IM Sechenov Pertama Moscow State Medical University telah memainkan peranan utama dalam pembangunan medis Sains dan latihan kakitangan perubatan dan saintifik.

Bidang pengajian yang ditawarkan di universiti ini ialah bidang perubatan am, farmasi, perubatan pencegahan, stomatology (Pergigian) dan juga kejururawatan.

Russia National Research Medical University

Russia National Research Medical University adalah universiti tertua dan terkemuka di Rusia dan terkenal di seluruh dunia. Lebih daripada 2000 pensyarah yang bekerja di 115 jabatan menawarkan ceramah, seminar dan sesi makmal praktikal dalam sains di lebih daripada 250 kursus. Bidang pengajian yang ditawarkan di universiti ini ialah bidang perubatan am.

Moscow Aviation Institute

Moscow Research Institute telah ditubuhkan pada 20 Mac 1930 sebagai Higher Aero-mechanical college (VAMU) oleh perintah Majlis Ekonomi Tertinggi USSR untuk memastikan latihan kakitangan yang berkelayakan untuk industri penerbangan.

Pada 29 Ogos 1930, universiti itu dinamakan semula sebagai Moscow Aviation Institute. Pada mulanya ia mempunyai 3 jabatan, enjin Aeronautical, Aircraft dan Aerodynamics. Pada tahun 1940, Moscow Aviation Institute telah menubuhkan dirinya sebagai universiti penerbangan utama dengan 38 jabatan, 22 makmal dan pejabat reka bentuk Pelajar dan kemudahan pengeluaran.

Sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pengajian di Rusia, pelajar boleh membuat permohonan menerusi Daulah Educonsult. Jika pelajar berminat, klik link borang permohonan di bawah untuk mendaftar.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/borangpermohonanonline2020rusiapolandindonesiabangladesh

Sebarang pertanyaan pelajar boleh layari laman web dan hubungi talian di bawah.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.