Home / Artikel / Sambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Indonesia Sesi 2021.

Sambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Indonesia Sesi 2021.

Indonesia merupakan sebuah negara yang terbesar di asia tenggara. Negara yang mempunyai lebih daripada 17 ribu buah pulau ini merupakan negara dwibenua yang mempunyai bilangan penduduk yang sangat padat.

Kepadatan penduduk ini juga selari dengan kepelbagaian budaya dan suku kaum. Dengan itu, Indonesia kaya dengan sejarah dan budaya yang menarik untuk anda pelajari.

Jika anda merupakan seorang pelajar dan berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh mendaftar kemasukan ke universiti Indonesia. Selain kos sara hidup yang agak rendah, pelajar tidak perlu bimbang dengan bahasa pertuturan.

Institusi Pertanian Bogor

Hal ini dikatakan kerana Indonesia dan Malaysia adalah masyarakat serumpun yang mempunyai penggunaan bahasa yang seakan sama. Tambahan, rakyat Indonesia juga kebanyakannya memahami Bahasa Inggeris dengan baik.

 

Antara bidang pengajian yang boleh anda lanjutkan pengajian adalah bidang perubatan, farmasi, veterinari, agrikultur, pergigian, syariah islamiah, adab dan humaniora, usuluddin dan pelbagai lagi bidang.

Antara Universiti yang menawarkan tempat kepada pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian adalah:
  1. Universitas Sumatera Utara.
  2. Universitas Airlangga.
  3. Universitas Hasanuddin.
  4. Universitas Hasanuddin Sulawesi Selatan.
  5. Universitas Padjadjaran.
  6. Universitas Gadjah Mada.
  7. Institut Pertanian Bogor.
  8. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA)
  9. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry (UIN Ar-Raniry)
  10. Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi

Jika pelajar berminat untuk menyambung di mana-mana universiti yang telah dinyatakan di atas, pelajar boleh membuat pendaftaran kemasukan ke universiti bersama Daulah Educonsult.

Berikut merupakan antara syarat kelayakan untuk memasuki universiti di Indonesia:

Bidang Sains Kesihatan

1. SPM : Minimum B dalam semua subjek sains
2. Matriks (KPM) / Asasi IPT / STPM : CGPA 3.00 dalam semua subjek sains
3. A Level : B dalam semua subjek sains
4. Ujian kemasukan bertulis  : Wajib Lulus

Bidang Pengajian Islam
  1. SPM : Minimum B semua subjek
  2. Matriks (KPM) / Asasi IPT / STPM : CGPA 3.00 dalam semua subjek
  3. A Level : B dalam semua subjek
  4. Ujian kemasukan bertulis  : Wajib Lulus

Jika pelajar memperoleh keputusan selain daripada di atas, pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi bersama Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi melalui platform yang berikut:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.