Home / Artikel / Laluan Yang Perlu Ditempuhi Untuk Bergelar Seorang Doktor

Laluan Yang Perlu Ditempuhi Untuk Bergelar Seorang Doktor

Secara dasarnya doktor merupakan seseorang yang berkelayakan dalam mengamalkan perubatan. Perubatan pula merupakan cabang ilmu yang dapat membantu manusia dan benda hidup lainnya untuk kembali pulih atau meningkatkan tahap kesihatannya.

Sumber: Google Image

Pekerjaan sebagai seorang doktor ini merupakan pekerjaan mulia dan memerlukan pengorbanan masa yang besar. Oleh yang demikian, seseorang doktor itu akan dipandang tinggi akibat daripada cabaran-cabaran tertentu yang perlu ditempuhi.

Belum dikaitkan dengan penggunaan masa dan wang yang dilaburkan sebelum menjadi doktor. Kedua-dua elemen ini menjadi sangat penting dan bagi mereka yang berjaya, mereka adalah orang yang sangat kental dan layak untuk dipandang tinggi.

Jadi, adakah anda berminat untuk menjadi seorang doktor? Jika ya, ayuh ketahui beberapa laluan yang perlu ditempuhi untuk bergelar seorang doktor.

  1. Tamat persekolahan di peringkat menengah

Jika di Malaysia, syarat minimum untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perubatan adalah memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi subjek Biologi, Fizik dan Kimia.

  1. Persediaan bidang di peringkat Asasi, Diploma, Matrikulasi atau lain-lain

Di peringkat ini, pelajar akan mempelajari segala perkara asas dan mendalam berkenaan ilmu sains terutamanya. Antara subjek kebiasaannya adalah kimia, kajian biologi, fizik dan genetik manusia. Untuk ke peringkat yang lebih tinggi, pelajar perlu peroleh sekurang-kurang 3.0 purata nilai gred kumulatif (cgpa).

  1. Sambungan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
Kursk State Medical university, Rusia tawar peluang sambung belajar bidang perubatan di peringkat degree kepada pelajar Malaysia.

Sebelum bergelar seorang doktor, seorang pelajar perubatan perlu untuk menghadapi 5 ke 6 tahun pengajian untuk tamat pengajian. Tempoh adalah bergantung kepada universiti dan kemampuan pelajar.

Setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, pelajar akan perlu mendaftar di bawah Malaysia Medical Council (MMC) untuk menjalani Housemanship selama 2 tahun atau lebih. Kemudian, pelajar perlu menjalani Compulsory Service selama 2 tahun lagi.

Seterusnya pelajar akan boleh berkhidmat sebagai Medical Officer atau General Practitioner. Jika mahu untuk ke peringkat pakar, terdapat enam tahun lagi tempoh masa yang perlu dilalui. Dengan itu, untuk menjadi seorang doktor pakar perubatan, seseorang akan menjalani tempoh 16 tahun pengajian selepas SPM.

daulah educonsult

Anda berani menyahut cabaran untuk menjadi seorang doktor dan meminati bidang ini dengan telus? Ayuh dapatkan konsultasi bersama Daulah Educonsult secara percuma. Daulah Educonsult tawarkan peluang sambung belajar di luar negara kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, A-Level, Diploma, Matrikulasi, Asasi dan lain-lain lepasan setaraf.

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.