Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA, ditubuhkan seiring dengan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Ia merupakan strategi penting dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan khususnya di peringkat yang lebih tinggi.
Ia telah direalisasikan bagi memastikan ketelusan, objektiviti dan keadilan serta integrasi amalan bijak antarabangsa dengan nilai-nilai unik pengajian tinggi di Malaysia. Antara kepentingan atau kelebihan pengiktirafan MQA adalah berpeluang untuk memperoleh tajaan daripada badan-badan penaja.
Seterusnya, ia memudahkan lepasan pelajar dari peringkat pengajian tinggi untuk mencari pekerjaan di dalam sektor awam. Dalam pada itu, jika sesebuah program pengajian itu tidak mempunyai kelayakan MQA, ia mungkin tidak mencapai tahap ‘Quality Standard’ yang telah ditetapkan. Perjalanan untuk mendapatkan pekerjaan di dalam sektor awam atau kerajaan mungkin agak sukar.
Mengikut sumber, hampir kesemua program pengajian di universiti awam tidak mempunyai masalah dengan pengiktirafan MQA. Oleh yang demikian, ia mungkin tidak menjadi masalah kepada kebanyakan graduan dari universiti tempatan. Apa yang dirisaukan adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di universiti swasta serta di universiti luar negara.
Bagi anda yang mempunyai impian untuk sambung pengajian dari peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum mendaftar adalah melakukan semakan pengiktirafan MQA terhadap program pengajian di universiti luar negara terbabit.
Semakan MQA boleh dilakukan menerusi portal Rasmi MQA di
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
Setelah semakan dilakukan, pelajar boleh terus mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan peluang sambung belajar yang dibuka di universiti terbabit. Bagi program pengajian yang berunsurkan sains kesihatan, adalah satu kemestian untuk menyemak status MQA program.
Hal ini untuk mengelakkan berlakunya permasalahan semasa graduan mahu mendaftar bersama Malaysian Medical Council (MMC). Jika anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di luar negara, anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bersama pihak Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult sedia untuk memberikan bimbingan serta konsultasi kepada lepasan pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Antara negara pilihan yang ditawarkan adalah di Rusia, Indonesia, Bangladesh, Poland dan Mesir.
Syarat kemasukan bagi sesetengah negara adalah berbeza. Dan jika pelajar mahu menyambung pengajian di dalam program pengajian selain daripada perubatan, syarat kelayakannya juga berbeza. Anda mempunyai sebarang soalan berkenaan tawaran pengajian di luar negara? Hubungi konsultan Daulah Educonsult segera menerusi mana-mana saluran di bawah
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Website : www.daulahmedic.com
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu