Persediaan peperiksaan adalah baik untuk anda mengatasi tekanan dan kebimbangan apabila menghadapi peperiksaan. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan gred yang baik. Ada dua bahagian persediaan iaitu semasa anda mengulangkaji dan juga pada hari kejadian peperiksaan.
Semasa Ulangkaji
- Buat jadual ulangkaji yang realistik. Tentukan berapa banyak dan masa yang perlu anda lakukan kemudian pecahakan kepada bahagian yang boleh diurus. Jadual ini bertujuan agar anda tidak bosan dalam ulangkaji setiap hari dari segi subjek dan jam.
- Sesuaikan nota ulangkaji untuk menjadikannya lebih menarik. Anda boleh menggunakan warna yang sesuai dalam membuat nota pada gambar rajah atau apa sahaja yang dapat membantu anda untuk mempelajari dan fahami topik yang anda sedang ulangkaji.
- Pastikan anda memahami segala info. Jika anda terjumpa sesuatu yang anda tidak faham, cuba cari sumber maklumat yang akan membantu anda memahaminya. Hanya menghafalnya tidak akan membantu anda dalam menjawab peperiksaan. Jangan takut untuk meminta bantuan ibubapa, guru atau rakan anda.
- Rujuk kertas peperiksaan lepas. Dengan cara ini boleh membiasakan diri anda menjawab pellbagai jenis soalan. Berlatih melengkapkan kertas peperiksaan dalam had masa yang ditetapkan untuk meningkatkan teknik menjawab peperiksaan.
- Cari suasana ulangkaji yang sesuai dengan anda. Sesetengah orang suka belajar bersendirian di dalam bilik yang sunyi tetapi tidak semua orang suka belajar dalam diam. Contohnya mainkan muzik secara senyap atau memerlukan rakan untuk ulangkaji bersama.
- Buat aktiviti secara fizikal. Apabila anda tidak melakukan ulangkaji, gunakan masa lapang anda untuk melakukan perkara yang aktif seperti senaman. Senaman baik untuk melapangkan fikiran anda daripada tekanan dan memastikan anda sentiasa positif dan membantu anda tidur dengan lena.
Cara pengendalian di Hari Peperiksaan
- Sentiasa bersedia. Mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang lazat dan berkhasiat. Jangan lupa untuk sediakan alatan yang anda perlukan pensel, pen dan kalkulator.
- Luangkan beberapa minit untuk membaca arahan dan soalan.
- Rancang masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.
- Setelah peperiksaan selesai, jangan menghabiskan terlalu banyak masa untuk memikirkannya atau membandingkan jawapan dengan rakan anda. Fokus pada peperiksaan seterusnya.
Diharapkan tips-tips diatas dapat membantu semua pelajar untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Selamat maju jaya diucapkan!
Anda ingin tahu cara sambung pengajian di luar negara? Hubungi konsultan di bawah untuk maklumat lanjut