Home / Daulah Medic / APA YANG MENARIK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI KOTA MEDAN, INDONESIA ?

APA YANG MENARIK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI KOTA MEDAN, INDONESIA ?

Apa yang menarik tentang menyambung pengajian di Universiti Sumatera Utara, Medan, Indonesia.

Sejarah Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 Jun 1952. Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara untuk memenuhi keinginan masyarakat Sumatera Utara khususnya dan masyarakat Indonesia umumnya. Beberapa tahun kebelakangan ini universiti ini membuka kuota bagi pelajar antarabangsa untuk mengikut pengajian di sini. Salah satu negara yang bertuah adalah negara jiran mereka sendiri iaitu Malaysia.

ANTARA PROGRAM YANG DITAWARKAN DI UNIVERSITI SUMATERA UTARA ADALAH :-
1. Perubatan
2. Pergigian
3. Farmasi

Tiga bidang tersebut sahaja buat masa ini yang telahpun mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysian Qualification Agency, Malaysian Medical Council, Malaysian Dental Council dan Malaysian Veterinary Association.

Boleh klik link ini untuk semak sendiri http://www2.mqa.gov.my/esisraf/cariankelayakan.cfm

Apa yang menariknya adalah Fakulti Kedoktoran Gigi Universiti Sumatera Utara (FKG USU) memiliki sepuluh jabatan iaitu Jabatan Orthodontik, Prosthodontik, Pembedahan Mulut, Konservasi Pergigian, Periodontik, Penyakit Mulut, Pergigian, Lisan Biologi, Sains dan Teknologi Bahan,  dan satu Unit iaitu Unit Radiologi Pergigian.

Lokasi universiti terletak di kota medan dan merupakan bandar terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Jadi jika dinamakan sebagai kota/bandar pastinya terdapat tarikan menarik di kawasan-kawasan sekitar medan. Bandar yang penuh dengan pusat membeli-belah seperti Centre Point Mall, Sun Plaza, Medan Mall dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan kota medan ini hidup di waktu siang dan juga malam. Jadi, pelajar-pelajar tidaklah berasa bosan atau terlalu sepi ketika berada di universiti. Sempat jugalah kami mengunjungi cinema di Medan Mall bersama pelajar-pelajar sebelum mereka memulakan kuliah.

Kalau dikira jarak masa perjalanan dari Klia2 ke airport Kualanamu hanya mengambil masa kurang dari satu jam sahaja. Dekat kan? Untuk pengetahuan semua, Kualanamu adalah lapangan terbang (Bandara) antarabangsa baru di Medan mengantikan lapangan terbang antarabangsa lama Polonia sejak Julai 2013. Terdapat pengangkutan awam di sekitar airport dan jarak ke bandar hanya 40km sahaja.

Pencinta alam juga sangat sesuai untuk jelajah kota medan ini. Terdapat lokasi-lokasi menarik seperti Danau Toba, Beras Tagi, Taman Ulos, Air terjun Sipiso-Piso. Jarak perjalanan dari campus kira-kira 2 jam ke 3 jam juga. Sempat juga selepas mengadakan campus visit kami membawa pelajar-pelajar berjalan di Beras Tagi. Pemandangan bandar melalui penglihatan kami dari atas bukit memang tersenggam indah sekali. Angin yang cukup kuat dan keadaan sejuk teramat membuat kami berasa seperti di kota new zealand.

Jangan tidak tahu ya, pengangkutan di Medan adalah yang termudah di dapati pelancong atau pelajar-pelajar boleh ambil grab dengan mudah sekali di samping kehadiran gojek dan beca yang lalu lalang setiap waktu. Tentang kemudahan pengangkutan memang tiada masalah di Medan memang mudah sangat nak bergerak ke satu lokasi ke satu lokasi. Harga sekali naik hanya 3000 rupiah sahaja kalau gojek dalam 1000 rupiah (2018). Cuma traffic di medan agak macet (sesak). Tapi tidak perlu risau, pemandu-pemandu di sana sangatlah cekap dalam pemanduan mereka. Cuma perlulah rancang 3 jam awal sebelum bergerak ke suatu tempat takut tak sempat pula meraikan keindahan banyak tempat.


Paling menarik di kota medan ini juga adalah anda tidak perlu risau tentang makanan. Berderetan kedai-kedai yang dibuka di sepanjang jalan raya. Menu yang ala-ala masakan minang juga menemu selera pelajar dan pelancong di Malaysia. Kalau yang paling senang nak perolehi adalah bakso, nasi padang dan pecal lele. Ketiga menu ini memang menjadi tarikan utama di sana. Kalau nak makan warung anda perlu tahu terma-terma yang digunakan seperti air alpokat = Avocado, jeruk = limau, teh manis = teh o panas, kalau nak minta yang sejuk = teh manis dingin dan lain-lain terma.

Pelajar-pelajar yang belajar disini perlukan belajar menggunakan bahasa yang masyarat indonesia di medan gunakan ya. Kerana memang agak ramai pelajar malaysia yang ambil bidang perubatan di universiti sumatera utara, jadi nanti boleh la belajar dengan senior-senior. Tentang kad sim dan lain-lain juga sangat mudah untuk dilanggan dan sangat murah. Boleh cuba langgan Axis, 18k je untuk 1GB (2018)

Kalau nak diringkaskan belajar di universiti sumatera utara sangatlah menyeronokkan dari segi fasilitas di universiti, pusat-pusat aktiviti mereka seperti gelanggang badminton dan lain-lain memang puas hati. Penginapan pelajar juga dikawasan sekitar universiti sahaja. Tiada lagi masalah telat (lewat ke kuliah). Dengan kemudahan yang cukup, lokasi yang strategik, serta dapat menghilangkan rasa bosan tatkala stress belajar tersedia buat pelajar tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Apa-apa syarat-syarat permohonan ?

Mempunyai STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.

Anda merupakan pelajar lepasan SPM? Jangan risau kami dapat membantu anda menyediakan program asasi sebelum terbang pada intake september.

Sumber https://www.facebook.com/daulah.educonsult

TEMPOH PENGAJIAN
Perubatan – 5 tahun
Pergigian – 5 tahun
Farmasi – 4 tahun

Berminat untuk memohon?
Sila hubungi http://0132853903jombelajarluarnegara.wasap.my (khidmat pelanggan)

Atau mahu terus isi borang permohonan online.
Disini :goo.gl/8XvUSP

Jom melangkah lebih jauh!

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.