Home / China

China

INSTITUSI LUAR NEGARA – CHINA

 

Apa itu Bidang Perubatan Tradisional ?

 

Mengikut Akta Perubatan 1971 di bawah TCM ( Traditional & Complementary Medicine Practice ) telah mendefinasikan amalan perubatan tradisional dan komplementari ialah sebarang praktik yang dijalankan selain daripada amalan perubatan konvensional ( yang berasaskan kepada ubat-ubat kimia dan pembedahan ). Ini memberi maksud bahawa Perubatan Komplimentari tidak boleh menggunakan ubatan dari bahan berasaskan kimia serta tidak boleh melakukan pembedahan.

Tergolong di dalam kelompok TCM ini ialah Amalan Perubatan Islam, Perubatan Herba Melayu Tradisional, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India, Homeopathy, serta amalan-amalan perubatan komplimentari getaran gelombang resonan, terapi bekam, terapi akupuntur, urutan badan, terapi warna, terapi mandian ais, terapi aroma pati bunga, pemakanan sunnah, nutrisi dan lain-lain lagi.

Dalam perubatan komplimenatari ini pula kami mengamalkan sebuah disiplin ilmu yang merujuk serta bersumberkan Quran dan Hadis serta kajian-kajian ilmu santifik yang telah dibuktikan dari sudut ilmiahnya. Disiplin ilmu serta amalan ini kami namakan sebagai Konsep Perubatan Komplimentari QSI Holistic Therapy (QSI). Q merujuk kepada Quran, S adalah Sunnah dan I adalah Ilmu.

Kami tidak menggunakan amalan dan kaedah pengantaraan tenaga jin, membaca jampi mentera, menggunakan bahan yang kotor atau haiwan yang diharamkan.

Bagi memastikan unsur-unsur ini tidak wujud dalam amalan rawatan perubatan komplimentari ini. Rujukan dan sumber mestilah mengikut Al-Quran dan Hadis serta amalan yang tidak bercanggah dengan kaedah syariat. Asas kepada konsep rawatan perubatan komplimentari QSI terapi ada 5 iaitu:

1. Setiap Penyakit Ada Penawarnya.

2. Usaha Dan Ikhtiar Adalah Satu Kewajipan.

3. Kaedah Dan Amalan Tidak Bercanggah Dengan Syariat.

4. Bahan-Bahan Ubatan Mestilah Bersih, Halal dan Suci.

5. Allah Jualah Yang Menyembuhkan.

QSI juga adalah satu konsep perubatan alternatif yang mengambil kira aspek jasmani, emosi, minda mahupun rohani. Rujukan terhadap perubatan ini datangnya dari Al-Quran, Sunnah dan penemuan ilmu-ilmu saintifik dan kajian-kajian secara empirikal.

 

Pengiktirafan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara di China

Ijazah Sarjana Muda Perubatan Tradisional Cina yang ditawarkan oleh lima (5) buah universiti dari negara China adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Institusi-institusi yang berkaitan adalah seperti berikut:

 

  Bil. ** Institusi
   1. Beijing University of Chinese Medicine (BUCM)
   2. Nanjing University of Chinese Medicine (NUCM)
   3. Shanghai University of Traditional Chinese Medicine (SHUTCM)
   4. Tianjin University of Traditional Chinese Medicine (TUTCM)
   5. Guangzhou University of Chinese Medicine (GUCM)
Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.