SEJARAH RINGKAS |
Universiti Alexandria ( Bahasa Arab: جامعة الإسكندرية ) atau Universiti Iskandariah merupakan sebuah universiti penyelidikan awam di Alexandria, Mesir. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai satelit Fuad Universiti (nama yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Kaherah), menjadi satu entiti bebas pada tahun 1942. Ia telah dikenali sebagai Universiti Farouk sehingga Revolusi Mesir tahun 1952 apabila namanya ditukar kepada Universiti Alexandria. Taha Hussein adalah rektor pengasas Alexandria University. Ia kini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir dan mempunyai banyak mempunyai hubungan dengan pelbagai universiti untuk penyelidikan yang berterusan.
Universiti Alexandria amat terkenal di Mesir. Kedudukannya yang terletak berhampiran pantai menjadi pilihan pelajar-pelajar di samping sistem pembelajaran selaras dengan keperluan seluruh dunia.
PENGANGKUTAN |
BIDANG YANG DITAWARKAN |
Bagi menjamin mutu pembelajaran, Universit Alexandria menyediakan dua dewan kuliah untuk penuntut tahun pre-klinikal dan dua dewan kuliah untuk penuntut tahun klinikal yang satu-satunya mampu memuatkan lebih kurang 150 penuntut dalam satu masa. Perpustakaannya juga memberi suasana yang kondusif untuk pelajar mentelaah dalam keadaan yang selesa. Universiti Alexandria mempunyai makmal-makmal sains seperti makmal Anatomi, Histologi, biokimia dan microbiologi. Universiti Alexandria juga mempunyai pusat konvensyen yang menjadi tempat mengumpulkan semua penuntut untuk sesuatu program. Makmal komputer juga disediakan selari dengan perkembangan teknologi sekarang.
SYARAT KELAYAKAN |
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:
1.1 Perubatan
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.
DAN
Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
1.2 Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.
DAN
Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
CARA MEMOHON |
Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.
Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?
TEMUI KONSULTAN PENDIDIKAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN LANJUT DAN PELAN PERANCANGAN PENDIDIKAN ANDA DALAM SESI EKSLUSIF BERSAMA KAMI.
HUBUNGI/ WHATSAPP KAMI DI
https://wa.me/60189624322
Is there any scholarship will be provided ?