Home / Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Mesir

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Mesir

Permohonan ke Jurusan Sains :

  1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Surgeri
  2. Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Surgeri
  3. Ijazah Sarjana Sains Farmasi

Mendapat sekurang-kurangnya gred “B” ( B minus atau B ) dalam SPM bagi mata pelajaran berikut ini :

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Matematik Tambahan
  6. Fizik
  7. Biologi
  8. Kimia 

Kiraan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah minimum purata adalah 90% ke atas bidang perubatan dan 85% bagi bidang pergigian dan farmasi untuk 8 subject di atas . Kadar kiraan ini adalah sebagaimana diumumkan oleh pihak KPM . Tetapi sekiranya kiraan tidak mencapai 90% dan 85%, pelajar masih boleh memohon dan pihak Daulah akan menggunakan kiraan yang ditetapkan oleh universiti yang mana ianya 85% untuk bidang perubatan (ada kiraan tersendiri). 

Pengajian Perubatan di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria/ Universiti Mansoura

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam 8 subjek bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM-
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Matematik Tambahan
  6. Fizik
  7. Kimia
  8. Biologi

Di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya GRED B dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan.

  • Mempunyai Sijil Matrikulasi atau Asasi atau Pra-Universiti yang diikitiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level.

Pemohon universiti Al-Azhar dalam bidang Perubatan dan Pergigian , sijil SPM anda tidak boleh lewat dari 2 tahun dari tahun semasa permohonan . Contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2022 , maka SPM terakhir adalah 2020 sahaja . SPM tahun 2019 dan kebawah tidak diterima oleh pihak Universiti .

 

Pengajian Pergigian di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria dan Pengajian Farmasi di Universiti Alexandria/ Universiti Mansoura

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi purata peratusan markah sekurang- kurangnya 79% dalam 8 subjek bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM-

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Matematik Tambahan
  6. Fizik
  7. Kimia
  8. Biologi

Di peringkat SPM dengan sekurang-kuranganya GRED B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan. 

pemohon dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti selain Al-Azhar, tidak menjadi masalah sekiranya sijil SPM anda lewat dari 2@3 tahun tetapi pihak KPT Mesir menetapkan denda premium (qidam muahhal) untuk dibayar bagi setiap tahun kelewatan tersebut. Setiap tahun yg terlewat kurang lebih RM 188 (rate semasa Januari 2017 yaitu 1 RM bersamaan LE 4.00).

Permohonan ke Jurusan Pengajian Islam (SPM&STAM):

        1. Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah ( Pengajian Islam & Bahasa Arab )

Calon pelajar perlulah LULUS semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya GRED B  bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Matematik
  5. Syariah Islamiah
  6. Pendidikan Al-Quran Sunnah
  7. LULUS tahap Mutamayiz (Tahap 7) *pengajian Bahasa Arab di pusat Sheikh Zayed*

Bagi permohonan ke Kuliah Ulum Islamiah dan Universiti Al-Azhar, anda disyaratkan untuk tidak memiliki apa-apa subjek dengan gred G (gagal) dalam SPM walaupun ia bukan subjek wajib bagi permohonan ke bidang tersebut. (peraturan dari Universiti Al-Azhar) manakala bagi pemohon universiti Al-Azhar dalam bidang Ulum Islamiah , sijil SPM tidak boleh lewat dari 3 tahun dari tahun semasa permohonan. contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2022, maka SPM terakhir adalah 2018 sahaja . SPM tahun 2017 tidak diterima oleh pihak Universiti.

        2. Syariah Islamiah, Bahasa Arab & Usuluddin

 Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dan LULUS Tahap Mutamayiz (TAHAP 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.

 

 

186 comments

  1. Kalau tak ambil bhs arab bleh msuk ke u ni?

  2. Lepasan diploma usuluddin boleh mohon untuk bidang usuluddin?

  3. Tumpang tanya , andai nak sambung ke mesir , apa ja kos yg boleh masuk tanpa arab ?

  4. Assalamualaikum, maaf nk tumpang tanya, utk apply medic mesir kpm ade had umur tak.. kalau umur 21 boleh mohon lagi tak.. saya lepasan diploma

  5. Assamualaikum, boleh cadangkan diploma di negara mana saya boleh teruskan pelajaran dalam bidang syariah dan undang2? Dan spm saya pendidikan islam C, bahasa melayu C, dan tassawur islam C. Boleh encik cadangkan di negara mana dan apa nama universiti itu yg saya boleh lanjutkan diploma dlam bidang itu?

  6. Assalamualaikum, admin. Saya nak tanya. Bidang bahasa Arab di Mesir mmg diambil drpd lepasan stam sahaja atau boleh juga diambil drpd lepasan spm yg ada course bahasa arab?

    • Waalaikumsalam cik Amirah, bidang Bahasa Arab bagi lepasan STAM. Jika bidang ulum Islamiah bagi lepasan spm. Ulum Islamiah juga merangkumi syariah, usuluddin dan Bahasa Arab. Kami juga menawarkan belajar bahasa Arab di Mesir bagi peringkat umur 12 dan ke atas. Jika berminat untuk detail lanjut boleh tinggalkan no tel untuk saya hubungi?

  7. Mcm mana untuk mohon ke universiti sekiranya saya pelajar spm 2017?

    • boleh saya dapatkan result spm cik nurul? Jika berminat dan mahu tahu lebih detail sila tinggalkan no tel, saya akan hubungi terus..

      • assalamualaikum, saya ada nak tanya beberapa soalan, boleh hubungi saya? (01137270640)

        • ok encik Arsyad, saya whatsapp encik ya

          • Muhammad ezairi azriansyah

            Assalaualaikum, saya ada beberapa soalan, boleh tak hubungi saya.. 0142045003@0166854759

        • Assalmulalaikum..saya nak tahu cara nak isi masuk ke universiti luar negara boleh..
          Step 1 apa ye..

          • Waalaikumsalam cik huda, boleh saya tahu cik huda lepasan apa ya? Boleh tinggalkan no tel untuk saya hubungi atau terus call/whatsapp saya di talian 0132853903 (Cik Nabila)

  8. Izzah Athirah bt Mokhtar

    Assalamualaikum saya nak tanya kalau lepasan diploma syariah islam nk sambung ke mesir boleh ke

    • walaikumussalam Cik Izzah, untuk sambung ke Mesir hanya menggunakan keputusan spm/stam sahaja cik . Cik boleh sambung ke Indonesia kalau berminat cik .

    • Berape penajaan yg diberikan

      • Maaf, kami tidak sediakan sebarang penajaan. Untuk bantuan kewangan atau tajaan boleh cuba refer Kojadi (Koperasi Jaya diri Malaysia), Ocbc bank, Bank Rakyat IFalah & Sime Darby. Cuma perlu semak dahulu syarat kelayakan untuk permohonan biasiswa/pinjaman. Ia berbeza setiap satu

  9. assalamualaikum, kalau nk sambung medik kat sini mmg kena kuasai bi ka?maksud saya belajar in english 100% ke? macam mana kalau kurang mahir dlm english communication?

    • walaikumussalam cik Hafizah, pembelajaran di mesir menggunakan bahasa inggeris kecuali di Al-azhar dan Zagaziq University yang menggunakan bahasa arab. boleh sahaja kalau kurang mahir cik kerana di mesir nanti, ramai pelajar melayu . ,cik boleh juga minta bantuan daripada mereka. Lama-kelamaan bila dah serasi dengan suasana di sana , in sya Allah cik boleh adapt. Cik lepasan apa ya ?

  10. walaikumussalam Cik Umi. Mengikut kelayakan perlu mengambil bahasa arab, quran sunnah dan juga syariah untuk sambung ulum islamiyah di Mesir. Cik ada ambil STAM selepas SPM ?

  11. Saya gagal stam taun 2017 n skrg tengah repeat subjek2 yg gagal.. Boleh ke saya pg mesir klaua saya lulus subjek yg dah gagal ni?

    • encik Naim.. syarat di Mesir agak ketat iaitu tidak boleh menggunakan result ulangan..
      kalau di Indonesia in sya Allah ada peluang itu .. boleh tinggalkan no fon untuk saya hubungi dan terangkan kepada encik ?

  12. Saya nak memohon kos pergigian tp saya ada 3 subjek dia atas yg bukan B . Mcm mna ye?

    • salam cik hana, jika ke mesir memang agak sukar cik. Tetapi saya boleh cadangkan ke indonesia. Jika berminat boleh tinggalkan saya no tel cik tak?

  13. assalamualaikum, nak tanya kalau untuk lepasan diploma syariah dan perundangan islam nak sambung ke luar negara, ada cadangan tak sambung di negara mana?

    • Waalaikumsalam cik Sarah. Saya boleh cadangkan cik untuk memohon ke Indonesia, iaitu Universitas Islam Negeri (UIN) di Ar-Raniry,Banda Aceh atau SUSKA, Riau dalam bidang yang sama. Jika berminat cik boleh tinggalkan no tel untuk saya berikan details fees.

  14. salam tuan , boleh tak ambil stam jika seseorg itu sudah pun belajar di madrasah (alim)bidang yg sudah ada di stam ?dan tunjukkan result exam tersebut (seperti mustholah hadith/ mantiq dll) kepada sekolah utk masuk mengambil peperiksaan stam ? jazakallah

    • Wasalam, inshaAllah kalau ikutkan memang boleh untuk pelajar memohon stam. Untuk pengesahan lebih lanjut mengenai permohonan untuk mengambil peperiksaan stam, encik boleh hubungi hotline SPA iaitu 03-8885 6000 dan minta untuk sambungkan ke unit peperiksaan STAM. Semoga membantu

  15. assalam cik saya lepasan spm 2016. ada lagi ke peluang untuk memohon medic di mesir

    • Waalaikumsalam cik Najihah, boleh insyaAllah. Boleh cik tinggalkan no. telefon untuk kami bantu bagaimana cara seterusnya?

  16. Assalamualaikum em nak tanya lepasan stam layak mohon alexandria tak?

    • Waalaikumsalam encik Zuhair, lepasan stam ingin memohon ke Alexandria bidang pengajian Islam tidak boleh encik. Hanya di Al-Azhar. Kalau bidang sains masih boleh, dengan menggunakan result SPM encik. Boleh saya tahu bagaimana keputusan STAM encik?

    • Assalamualaikum, saya lepasan diploma pengajian islam. ada ke kursus yang saya boleh sambung di mesir? atau kursus² syariah hanya untuk lepasan STAM?

      • Waalaikumussalam, untuk ke mesir menggunakan spm dan stam sahaja. Encik boleh tinggalkan no telefon atau boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

  17. Assalamualaikum tuan. sy pelajar spm 2018 . bila sy bleh buat prmohonan untk ke universiti alazhar dan alaxandria? slpas result kluar?

    • Waalaikumsalam, permohonan sudah boleh mula dibuat cik Irdina. Boleh saya dapatkan no. telefon cik untuk terangkan cara-cara pendaftaran?

  18. assalamualaikum, anak saya sedang menduduki SPM 2018,amat berminat untuk sambung belajar di luar negara dalam bidang pergigian, bagaimana nak memohon dan untuk makluman pihak tuan, trial MARA , ank saya mendapat 8a 1 b…adakah dikira keputusan trial atau perlu tunggu keputusan spm yang sebenar untuk memohon?

  19. saya teringin nak sambung ijazah bahsa arab ,tapi saya tak ambil subjek bahsa arab,alquran as sunnah semasa spm , saya hanya ada pendidikan islam dan subjek sains yang lain ,boleh ke saya mohon?

    • Cik Aiina ada sambung di mana-mana institusi selepas spm ? Boleh Cik Aiina tinggalkan no telefon supaya senang untuk saya jelaskan dengan lebih lanjut lagi akan peluang-peluang yang ada ?

  20. Boleh pm saya? 0182304282

  21. Saya nak sambung perubatan tetapi tak ambil su jek bahasa arab dan hanya mengambil subjek sains tulen seperti addmath,fizik,biologi dan chemisty dan subjek teras yang lain..boleh ke saya nak memohon ke universiti al-azhar menggunakan result spm saya?

  22. Assalamualaikum cik , blh saya tanya , klu ada sijil bahasa arab sekolh berasrama panuh tetapi bknnya sijil bhasa arab tinggi , blh mohon ke al azhar mesir ke ?

    • Waalaikumsalam, untuk permohonan ke Al-Azhar ada dua medium yang boleh kami bantu. Sama ada melalui sijil SPM/STAM, di Mesir hanya menerima 2 sijil ini sahaja. Manakala, jika encik tidak memiliki sijil-sijil tersebut masih boleh mengikuti program madrasah Daulah kami iaitu program ke Maahad Buuth Al-Azhar. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila tinggalkan no tel untuk saya hubungi.

  23. Bila boleh isi borang Al azhar utk lepasan SPM 2018. Means nnt result keluar bulan 3 2019. So bila boleh isi ya ? Dan apa web utk isi

  24. Assalam, nnt result SPM 2018 kan keluar bulan 3 2019 . So, bila boleh isi utk Uni Al Azhar. Dan apa laman web dia ? Tq

  25. Assalamualaikum admin, saya pelajar pondok. Dan saya sudah ambik spm, tapi bukan bidang agama. Boleh ke nak sambung ke al-Azhar guna spm tu?

  26. Assalamualaikum Admin, kalau dari sains nak ke syariah atau ulum apa syarat2 ye

  27. Assalamualaikum tuan.Saya pelajar lepasan spm 2018,macam mana cara nak mohon kemasukan di Uni Alazhar?Adakah selepas keluar result?

    • Waalaikumsalam, sudah boleh mula membuat permohonan. Boleh cik emailkan kami keputusan trial spm atau tinggalkan no telefon untuk dihubungi?

  28. Assalam cik admin, saya lepasan spm 2018. Boleh apply guna results trial ke actual results?

  29. Assalam, saya umur 20 dan saya dpt spm kimia dgn bio tak daapt b, saya masih layak lagi tak mohon perubatan sebab saya betul betul ingin menyambung pelajaran dlm bidang perubatan.. Sekiranya saya mengulan subjek tersebut, meraka masih boleh menerima tak??

  30. Assalam, saya berumur 20 dan saya ingin sangat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan tapi saya spm kimia dan bio tidak mendapat b. Sekiranya saya ulang subjek tersebut, saya masih boleh lagi ke menyambung pelajaran dlm bidang perubatan di Indonesia?

  31. As Salam,
    Anak sy baru ambil spm 2018, bercadang nk ambil Stam bermula januari 2019. Nk tnya perlu tunggu result spm dulu & masuk local u ambil diploma dulu ke… atau terus ambil Stam & terus apply belajar di Al Azhar…
    Minta cadangan.. yg terbaik..
    T kasih.

    • waalaikumussalam encik Roslan. Di Mesir, syarat kelayakan adalah dari lepasan Spm dan Stam sahaja. Bagi lepasan Spm, bidang yang ditawarkan adalah Ulum Islamiyah manakala lepasan Stam adalah bidang Pengajian Islam. Anak encik lebih berminat ke arah bidang yang mana ya ? atau encik boleh tinggalkan no telefon supaya senang untuk saya jelaskan dengan lebih lanjut ?

  32. Assalam, encik. saya budak spm 2018. macam mana cara nak mohon kemasukan universiti al azhar? and bidang ulum islamiyah tu include syariah ke?

    • waalaikumsalam cik merupakan pelajar lepasan apa ya?Untuk info yang lebih lanjut dan cepat boleh terus hubungi saya di no 0132853903 ya.

  33. Salam cik kalau lepasan Pusat latihan dakwah boleh ke masuk ????

  34. Siti Anisah Atan

    Assalamualaikum Admin. Anak saya sedang menunggu keputusan STAM yang bakal diumumkan pada 17 Jan 2019 ini. Bila permohonan ke Universiti Al-Azhar dibuka? Anak saya fail add math pada SPM 2018, tetapi subjek lain lulus, adakah beliau tidak layak untuk memohon Al-Azhar?

  35. Assalamualaikum cik,saya nak tanya selain ke mesir menggunakan result stam ke mesir,kemana lagi ya boleh pergi? turki boleh tak?

  36. Assalamualaikum tuan. Kami berhasrat menghantar ank kami melanjutkan pelajaran ke al azhar dlm bidang ulum islamiyah. Anak kami sedang menunggu keputusan SPM.
    1. Apa yang perlu kami buat setelah keputusan diketahui? Terus mengemukakan permohonan?
    2. Jika anak kami terpilih, adakah mereka perlu hadir kursus intensif B.Arab?
    3. Bilakah tarikh melanjutkan pelajaran ke al azhar?
    Jazakallah.

    • Waalaikumsalam puan rahayu. Saya menjawab soalan puan seperti dibawah:

      1. Boleh saya dapatkan trial spm anak puan? Permohonan sudah boleh dibuat mulai bulan 11 yang lalu puan.
      2. Orientasi pelajar akan diadakan sebelum berangkat ke Mesir dan pelajar akan fly lebih awal ke Mesir untuk mantapkan penguasaan bahasa arab.
      3. Kemasukan pada bulan September/Nov

      Boleh puan tinggalkan no tel untuk saya hubungi? Atau puan boleh terus contact saya di talian 0132853903 (konsultan daulah).

  37. Assalam, nak tanya anak saya skrg ini masih belajar dlm diploma usuluddin dan sains al-quran di universiti sultan abg halim, sg petani. Apa syarat klu nak sambung degree di mesir.

    • Wasalam, untuk menyambung ke Mesir, khususnya Universiti Al-Azhar dalam peringkat degree, syarat minimum adalah menggunakan STAM dengan pangkat Jayyid atau menggunakan SPM dengan minimum B dalam subjek BM, BI, Math, Pend Quran Sunnah, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. Namun saya boleh cadangkan anak puan ke Universiti Islam Negeri (UIN) di Indonesia dalam bidang Usuluddin juga.

  38. Kalau dapat jayyid stam2018. Bleh ke smbung ke mesir 2019?

    • Boleh encik, keputusan jayyid layak untuk mohon ke Mesir. Jika berminat boleh tinggalkan no tel untuk dihubungi/ boleh boleh contact saya di talian 0132853903.

  39. Berapakah yuran keseluruhan pengajian Perubatan di U Al-Azhar? Bolehkah pengeluaran pendidikan KWSP digunakan?

  40. Kalo sambung prog ijazah di malaysia sahaja tiada masalah kann…bole cdgkan universiti ape yg terbaek di mlysia untuk smbung bidangg agama

  41. STAM saya dapat maqbul tapi spm saya boleh jugak psi ,pqs ,b.a ,b.m saya dapat B.. ..boleh tak kalau saya buat rayuan atau apa2 untuk ke mesir jugak??apa pendapat admin??

    • Encik boleh memohon bagi bidang Ulum Islamiah di Mesir, syarat minimum adalh B bagi subjek SM, BI, Math, Pend Quran Sunnah, Pend Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. Sijil SPM pula tidak lebih 2 tahun. Encik berminat? Boleh isi form online DISINI atau whatsapp kami di talian 018-9624322 (Khidmat Pelanggan)

  42. Assalamualaikum, untuk lepasan SPM 2018 bila boleh mendaftar untuk ke universiti Al-Azhar ya? dan apa syarat untuk kebidang pergigian ya?

    • waalaikumsalam cik ain boleh tinggalkan no tel untuk saya hubungi? Atau boleh terus hubungi saya di talian 0132853903.

  43. Assalamualaikum admin, saya nak tanya, untuk apply Mesir memang tak boleh guna sijil STPM?

    • Waalaikumsalam cik alia, guna stpm tidak boleh mohon ke Mesir, hanya spm dan stam sahaja. Untuk stpm bagi bidang pengajian islam boleh mohon di indonesia.

  44. assalamualaikum sy nk tnya , STAM sy dpat pngkt RASIB sebab ada 1 madah shja yg rasib . Jadi boleh tk kalau sy nk memohon masuk universiti al-azhar dengan spm ?

  45. Assalamualaikum..
    Boleh ke saya nak apply bidang perubatan,farmasi tapi masa ambil peperiksaan spm tak ambil bahagian sains tulen atau akaun boleh ke untuk memohon??

  46. Asalamualaikum nak tanya klau anak saya dapat keputusa 2 jait dan 8 makbul layak ke al azhar

  47. Boleh bagi detail tempoh pengajian bagi course spt b.arab, ulul islamiah, medic dsb…

    Bagaimana dengan kemudahan tempat tinggal?

  48. Anak saya spm 2018. seblm ni belajar di maahad tahfiz sahaja. ambil subjek yg melayakkan dia utk mendapatkan sijil spm sahaja. sekarang sedang mengikuti kursus Bahasa arab di Kolej Marsah di Johor. Berminat utk meneruskan pengajian alim di Mesir. Adakah mana2 tempat madrasah disana yang menawarkan yang berkaitan.

  49. Kalau nak ambil bidang perubatan M.B.B.S …but SPM cuma tkde biology sahaja….boleh ke….tapi saya ada add math,fizik,kimia..cuma tkde biology je…

  50. Assalam….saya nak bertanya….saya nak ambil bidang perubatan M.B.B.S boleh ke….tapi SPM saya saya tiada biology sahaja….tapi saya ada Add Math, Chemistry, physics and sports science…boleh ke..

  51. Assalamualaikum w.b.t

    Bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah ( Pengajian Islam & Bahasa Arab ), boleh dapat maklumat lengkap porgram ini di tawarkan oleh universiti mana di Mesir

    Anak saya calon SPM 2018

  52. Assalamualaikum..sy berminat nak sambung bidang perubatan tpi subjek bio, phy, kimia n addmath sy just dpt c je. Still ad peluang ke utk sy smbng medic?

  53. NORASPA BINTI ALIAS

    Assalamualaikum,

    Anak saudara saya, perolehi STAM Mumtaz Sufi. Sebelum ini SPM beliau 7A 2B 1C. C tu subject Chemistry. Adakah peluang untuk beliau ambil pengajian ijazah sarjana muda pergigian dan surgery?

    • waalaikumsalam puan, boleh saya tahu puan sudah dihubungi konsultan atau belum ya? Jika belum puan boleh hubungi saya/whatsapp sahaja saya di talian 0132853903 (Cik Nabila).

  54. Pm saya…nak tahu lebih lanjut dental di mesir 0172264529

  55. Salam nak tnye lepasan matrik tahun 2019 boleh mohon tak??

  56. assalamualaikum…sy nak tanya, nak mohon pergi mesir ni guna result spm ke trial spm?

    • waalaikumsalam encik muaz, ia menggunakan spm result. Boleh saya dapatkan no tel encik untuk saya hubungi?

  57. Assalamualaikum, saya nak tanya saya ni lepasan stpm 2018. Ada peluang tak untuk saya mohon? and memang dia akan refer balik ke result spm yg dulu untuk intake ?

    • Waalaikumsalam, untuk kemasukan bagi bidang apa ya cik syairah? Boleh cik tinggalkan no untuk saya hubungi? Atau cik syairah boleh hubungi saya di no 0132853903.

  58. Assalamualaikum, sya lepasan SPM 18. Saya berminat nak ambik bidang pergigian dan saya memenuhi semua syarat kelayakan, semua subjek sekurang-kurangnya B. Macam mana saya memohon?

  59. Assalamualaikum, saya lepasan SPM ’18. saya berminat nak ambil bidang pergigian di mesir. result saya memenuhi semua syarat kelayakan iaitu minima B. di mana saya boleh memohon?

  60. Salam, adik sy 7A 3B, dimana Arab A..ada peluang x? boleh sy tau cara2?

  61. Salam…jika pelajar membuat pilihan ulum islamiyyah..adakah peluang boleh tukar kepada course lain di sana nnti? sb anak saya minat syariah tp tdk menduduki stam .

    • Waalaikumsalam puan, untuk makluman bidang ulum islamiah ini merangkumi subjek seperti syariah islamiyah, usuluddin dan bahasa arab. Pelajar akan belajar secara keseluruhan mengenai pengajian Islam tetapi secara general. Pelajar juga boleh memilih bidang yang diminati apabila masuk ke tahun-3. Puan boleh hubungi/whatsapp konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat permohonan dengan lebih lanjut

  62. Assalam admin,
    Anak saya lepasan spm 2017. Sekarang sedang buat matrikulasi. Macam mana cara nak mohon ijazah perubatan ke mesir. SPM 8A 1B. Harap dapat membantu. T.kasih

  63. Assalamualaikum, bolehkah memohon bidang perubatan atau pergigian menggunakan keputusan marikulasi?

  64. Kenapa sekarang tiada tawaran kos agama lain selain ulum islamiah di mesir seperti syariah,usuluddin dan lain-lain dalam permohonan online di KPT bagi sesi 2019/2020?

  65. Salam..
    Baru grad Dip Tahfiz n Qirrat dari Darul Quran. Bagaimana nak sambung ke Mesir? 019 7738040

  66. NURUL ASYIKIN BINTI BAHA

    Assalamualaikum…untuk yang lepasan STPM boleh ke sambung ke Mesir?

  67. Assalamualaikum, boleh tak contact saya 0183704285.ada benda yg saya nak tanya tentang hal ni.

  68. Assalamualaikum Admin anak saya telah memohon meneruskan pengajian ke Mesir..dia lepasan SPM 2018..tapi syarat Bahasa Inggeris min B..tapi dia c+..adakah dia layak diterima ataupun tidak. Dan jika dia sambung Diploma dalam Kesusateraan & Bahasa Arab..Universiti mana yang terbaik untuk dia menyambung degree

    • Waalaikumussalam puan Aryani. Untuk ke mesir syarat kelayakan memang minimum B. Jadi keputusan anak puan kurang layak untuk memohon di Mesir. Puan boleh tinggalkan no telefon atau boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

  69. Assalamualaikum, addmath spm 2018 dpat C+, masih ada peluang Kaa memohon smbung belajar ke mansoura mesir. Sayang sebab 5 dripada 8 subjek dpt A+…

    • Waalaikumussalam. Maaf untuk ke mesir perlu semua subjek sains termasuk addmath sekurang-kurangnya adalah B. Kalau di negara lain inshaallah kami boleh bantu. Encik boleh tinggalkan no telefon atau boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

  70. assalamualaikum , untuk memohon bidang ulum islamiah masih dibuka?

    • Waalaikumussalam. Maaf permohonan ulum islamiah sudah ditutup. Boleh cik tinggalkan no telefon? Atau cik boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

  71. muhammad ikhwan

    Assalamualikum….keputusan saya teruk…aliran sains…kalau nak sambung boleh ke

    • Waalaikumussalam, encik ikhwan boleh lampirkan keputusan kepada kami terlebih dahulu. Boleh ikhwan tinggalkan no telefon? Atau ikhwan boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

  72. Dassy susanti binti sukur

    Assalamualaikum…nama saya dassy susanti…. sya gagal spm tapi saya ingin sekali sambung belajar di mesir …. boleh kh???

    • Boleh saya tahu cik gagal dalam subjek apa ya? dan berminat dalam bidang apa?

    • Untuk ke Mesir tidak boleh gagal cik dassy. Boleh saya dapatkan no tel cik untuk saya hubungi? Atau boleh terus hubungi saya di talian 0132853903 untuk detail lanjut.

  73. Dassy susanti binti sukur

    Assalamualaikum….. nama sya dassy susanti… sya ingin sangat sambung belajar di mesir …. tapi saya gagal spm… boleh khhh???

  74. Assalamualaikum. Saya dah berumur 27 tahun. SPM saya dah lebih 5 tahun. Boleh kah lagi saya menyambung pengajian di Mesir dalam bidang Ulum Islamiah? Atau adakah mana2 universiti lain di timur tengah yang boleh saya mohon ?

    • Waalaikumussalam. Syarat mesir untuk bidang Ulum Islamiah adalah SPM tidak melebihi 3 tahun tuan. Saya boleh cadangkan universiti di Indonesia iaitu Universiti Islam Negeri Suska, Riau. Encik boleh tinggalkan no telefon atau boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

  75. Salam, saya pljr lepasan matrik masih buka ke permohonan utuk mmohon bhigan perubatan?

  76. Assalamualaikum Tuan, saya pelajar Bidang Nutrition di Ukm tahun pertama, tetapi saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. jadi saya nak tukar kursus. kalau nak apply medic masih tengok sijil spm dan matrik lagi? kerana keputusan spm saya, fizik, kimia dan addmath adalah C. layakkah saya untuk melanjutkan dalam bidang perubatan di mesir?

    • Waalaikumussalam syarat ke mesir adalah result SPM harus menepati syarat minimum iaitu minimum B untuk subjek BM, BI, Math, Sej, Addmath, Bio, Fizik dan Kimia. Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sahaja di terima bagi permohonan ke Mesir. Untuk ke negara lain seperti Rusia, Indonesia, Poland dan Bangladesh inshaallah kami boleh bantu dengan menggunakan matriks cik. cik boleh tinggalkan no telefon atau boleh terus hubungi konsultan kami di talian https://wa.me/601114307825 (Cik Farhana) untuk maklumat lebih lanjut

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.