Universiti Cairo

 

SEJARAH RINGKAS
  • Universiti telah ditubuhkan pada 21 Disember 1908, sebagai keputusan satu usaha mewujudkan satu pusat negara untuk pelajaran Tinggi
  • Beberapa buah kolej konstituen mendahului penubuhan universiti termasuk College of Engineering  pada tahun 1816, yang  ditutup oleh Khedive  Mesir dan Sudan , Sa’id Pasha, pada tahun 1854. 
  • Universiti Cairo telah ditubuhkan sebagai sebuah universiti awam inspirasi orang Eropah , berbeza dengan universiti Al Azhar , dan menjadi model asli perdana untuk universiti negeri lain.
  • Pada tahun 1928, kumpulan penuntut wanita pertama mendaftarkan diri di universiti. 
3
Universiti Cairo bermatlamat untuk melahirkan dan membangunkan peribadi pelajar dan mendedahkan mereka dengan sifat masyarakat dan juga kebudayaan. Oleh itu, universiti bukan sahaja untuk belajar tetapi juga sebagai platfom kepada pelajar untuk memperkembangkan lagi kelebihan mereka melalui aktiviti kebudayaan, social, seni, olahraga, dan Gawala. Pelajar digalakkan untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh universiti.
 
BIDANG YANG DITAWARKAN

Pilihan kursus yang ditawarkan di universiti ini ialah :

⇒ PERUBATAN

⇒ PERGIGIAN

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1  Perubatan 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pergigian 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.

Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?

♥ TEMUI KONSULTAN PENDIDIKAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN LANJUT DAN PELAN PERANCANGAN PENDIDIKAN ANDA DALAM SESI EKSLUSIF BERSAMA KAMI.

 HUBUNGI/ WHATSAPP KAMI DI 

 https://wa.me/60189624322

 

 

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.