Home / Medical University of Warsaw

Medical University of Warsaw

Sejarah Ringkas.

Universiti Perubatan Warsaw  atau Medical University of Warsaw(MUW) dikenali sebagai institut yang mempunyai piawaian pendidikan antarabangsa  yang tinggi serta saling menjalankan pertukaran  pandangan dengan lain-lain institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan. Universiti ini banyak melabur dalam pembangunan infrastruktur penyelidikan dan terus mengembangkan kemudahannya. Projek-projek terkini termasuk Perpustakaan dan Pusat Maklumat, Pusat Penyelidikan Preclinikal, Hospital Pediatrik dan Pusat Rehabilitasi dan Sukan. Universiti  ini juga mempunyai kemudahan paling moden di Poland.

Pembinaan Pusat Pergigian Universiti moden di sini telah bermula pada September 2017. Manakala penjagaan pergigian akan ditawarkan kepada pesakit pada 2019. Universiti Perubatan Warsaw juga merancang untuk membina sebuah Institut Psikiatri.

Pelajar dan kakitangannya  juga menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal di hospital-hospital ini serta terlibat dalam beberapa jabatan akademik klinikal yang terletak di hospital-hospital lain di Warsaw. Selain itu,  staf akademik Universiti Perubatan Warsaw diiktiraf secara nasional dan antarabangsa atas sumbangan mereka dalam penyelidikan dan amalan perubatan. Kebanyakan mereka memegang jawatan berprestij dalam Perunding Perubatan Kebangsaan.

Selain itu MUW menawarkan 19 program ijazah termasuk 3 program ijazah sepenuh masa dalam bahasa Inggeris: Pergigian, Perubatan, Farmasi.

 

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.