Home / Blog / Apa tempat yang menarik di Rusia? Jom kita tengok!

Apa tempat yang menarik di Rusia? Jom kita tengok!

Mari ketahui dengan lebih lanjut!

Kalau ikut pengamatan, apa yang menarik di Rusia adalah lebih kepada Teknologi, kecanggihan pertahanan tapi masih mengekalkan bangunan lama serta peninggalan sejarah. Rata-rata di Rusia ini dipenuhi dengan beratus Muzium.

Tapi kalau masuk muzium hari-hari boleh bosan juga. Kalau boleh pelancong yang datang ke Rusia harus merasa perjalanan laluan keretapi terpanjang didunia yang dikenali sebagai Trans-Siberian. Pelancong mesti teringin untuk bermalam di dalam kereta api dan menyeberangi jambatan gantung di St Petersburg sehinggalah ke laluan terakhir. Tidak teringin kah?

Tak apa. Jom kita tengok dulu beberapa bandar dan destinasi perlancongan yang menarik dan yang boleh dilawati apabila berada di sana 

Red Square

Sunny autumn morning at St. Basil’s Cathedral on Red Square

Moscow adalah ibu negara Rusia sekarang. Bandar moden ini padat dengan penduduknya hampir 11 juta orang. Di Moscow juga kemudahan pengangkutannya sangat cekap serta mudah nak melancong ke negara lain dengan lokasi lapangan terbangnya yang berdekatan.

Di moscow juga terletak kawasan perlancongan di St Basil dengan reka bentuk bangunan gereja yang cantik dengan khutbahnya berbentuk seperti bawang. Penuh dengan warna warni!

Di Moscow juga kita boleh pergi ke Kremlin dan juga Red Square yang mana ada binaan patung Lenin dan Stalin. Semasa era Soviet Union dulu kedua-dua mereka ini sangat terkenal dan berpengaruh. Kremlin merupakan kompleks bangunan yang menjadi benteng pertahanan Rusia. Ia tersenarai di dalam Tapak Warisan Dunia atau unesco World Heritage. Di kremlin ini kita boleh melawat istana , gudang senjata, ruang pejalan kaki serta taman-taman yang dijaga dengan baik

Arbat Street

Suasana Arbat Street di Moscow pada waktu siang

Arbat Street Walking Tour juga merupakan salah satu lokasi menarik yang tak harus dilepaskan. Ini merupakan kawasan pejalan kaki yang sibuk dengan orang ramai serta pelancong dari seluruh dunia. Di Arbat Street kita dapat melihat pemuzik jalanan memainkan irama muzik, penyair, pelukis, penjual cenderamata, serta deretan kafe di kaki lima untuk menghilangkan dahaga dan lapar.

Arbat suatu masa dulu merupakan lokasi perdagangan dengan sebahagian besar tukang kraf menetap di sini. Pada abad ke-18, Arbat merupakan kawasan kediaman paling berprestij dan menjadi kawasan kediaman golongan bangsawan pula. Menarikkan tempat ini!!

Stesen Metro

Kepadatan stesen dengan jumlah pengguna yang ramai

Stesen metro di Moscow juga dikatakan sangat cantik rekaan senibina didalamnya. Ada lebih kurang 190 stesen metro di Moscow sahaja. Ruang di dalam nya juga seperti di dalam istana dengan ukiran senibina eropah zaman dulu tetapi sangat moden. Bayangkan kalau dapat singgah dari satu stesen ke stesen yang lain dan bandingkan seni bina bagi setiap stesen itu. Pelancong yang datang ke Rusia pasti akan mengambil peluang untuk singgah ke ke stesen ini dan mengambil gambar.

Tsar Bell

Kawasan loceng yang sering menjadi tumpuan pelancong di Rusia

Ivan the great bell tower merupakan salah satu tempat yang menarik yang boleh dikunjungi. Di sini ada satu loceng yang dinamakan ‘Tzar Belle’ yang dikatakan retak semasa berlakunya kebakaran dan huru hara di Kremlin pada tahun 1737. Loceng ini telah beberapa kali cuba di alihkan tetapi gagal kerana saiz dan beratnya yang menghalang perubahan itu.

Irkutsk

Tasik yang terkenal di Irkutsk yang sering menjadi tumpuan pelancong 

Perhentian kereta api Trans -Siberian dari Moscow akan melalui stesen di sini. Lake Baikal, salah satu tempat perlancongan popular di Rusia terletak di bandar ini. Irkutsk kurang sesak berbanding Moscow dan kita boleh lihat deretan rumah kayu bersebelahan dengan bangunan apartment. Irkutsk ini kiranya sudah bersebelahan dengan negara China.

Video Dibawah merupakan 10 tempat menarik yang boleh didapati di Rusia.

Menarik bukan Rusia? Apa kata anda sambung belajar di Rusia!

Bagi pelajar yang yang berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, inilah masanya! kami akan mencadangkan antara universiti yang terbaik khas buat anda. Jom sambung pengajian di Rusia dengan Daulah Educonsult. Tawaran sambung belajar di Rusia telah dibuka sehingga Februari ini bagi tahun 2019. 

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan kejuruteraan di Rusia, anda layak  memohon dalam bidang ini dengan hanya menggunakan keputusan percubaan SPM 2018 mahupun keputusan peperiksaan SPM yang lepas. 

Maklumat lanjut mengenai pengajian ke luar negara bagi sesi Februari dan September 2019!

Info lanjut? 

Hubungi Konsultan Pendidikan segera :

📞Konsultan Nayli -0173431550 (https://wa.me/60173431550)

“Ayuh realisasikan impian anda bersama Daulah. Jangan melimitasikan pemikiran anda!” ✈️✈️

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Sila Klik disini untuk maklumat lanjut.