Sambung belajar ke luar negara adalah impian setiap pelajar. Di Rusia, terdapat banyak universiti yang disediakan di Rusia antaranya Kursk State Medical University, Rusia. Bagi anda yang menyambung pengajian ke Rusia, pasti tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi ke tempat-tempat yang menarik. Terdapat banyak tempat menarik yang WAJIB anda kunjungi. Di sini, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik yang pastinya memukau anda.
#1. SAINT PETERSBURG
Saint Petersburg merupakan bandar kedua yang terbesar di Rusia selepas Moscow. Nama tempat ini diambil bersempena pengasas tempat ini, Tsar Peter I. bandar ini telah menyimpan ratusan bangunan bersejarah buat tatapan pelancong. Bandar ini juga pernah menjadi ibu kota bagi Rusia pada tahun 1712-1728 dan 1732-1918.
Namun begitu, pengiktirafan ini telah berubah selepas Revolusi Rusia 1918. Bagi pelajar yang menetap di sana dan berimpian untuk melancong ke sini, jarak perjalanan mengambil masa sehingga 11 jam manakala jika menggunakan kapal terbang mengambil masa 2 jam.
Terdapat banyak tinggalan bangunan yang dijadikan sebagai kawasan pelancongan antaranya Hermitage Muzium, Istana Peterhof, Istana Winter, dan banyak lagi.
#2. WARSAW
Bagi pelajar yang ingin lari dari kesibukan dan ingin melancong bersama rakan di sekitar Eropah, Poland adalah jawapan yang tepat. Poland antara negara Eropah yang mendapat perhatian pelancong tempatan serta luar negara.
Poland merupakan antara lokasi”old town” yang wajib dikunjungi. Lebih menarik jika anda datang pada musim perayaan rakyat tempatan di sana, pasti meriah. Jarak perjalanan mengambil masa selama 15 jam 30 minit jika menggunakan kenderaan seperti kereta.
#3. GUNUNG TATRA
Ingin menawan puncak berketinggian 2,655 meter? Gunung Tatra punya jawapan pada pilihan anda. pelajar mahupun pelancong boleh menguji kekuatan mental di sini jika inginkan sesuatu yang “luar biasa”. Terdapat dua pilihan jika berada di gunung tantra sama ada ingin menaiki kabel mahupun mendaki sendiri.
Pastikan anda memilih musim yang sesuai jika uingin mendaki. Jalan akan sesak dengan pendaki yang lain terutamanya pada musim panas. Apabila anda sudah sampai di puncak, satu pemandangan yang jelas memukau mata. Anda juga dapat melihat garisan sempadan dua negara antara Slovakia dan Poland. Terdapat juga keindahan alam yang lain seperti tasik semula jadi di sana.
#4. KAZAN
Bagi anda yang ingin menghayati keindahan Islam di bumi asing, Kazan adalah tempat yang sesuai. Di Kazan, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai masjid Qolsharif. Ini merupakan masjid yang terbesar di Rusia dan kaya dengan sejarah terdahulu.
Mula dibangunkan pada 1996 dan kini telah diubah sedikit infrastuktur bangunan agar kelihatan lebih moden. Disamping keluasan masjid yang besar, terdapat juga kemudahan yang lain seperti perpustakaan, rumah penerbitan, dan pejabar para imam.
Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Eropah. Daulah Educonsult kini telah membuka tawaran dalam bidang perubatan sehingga Februari 2019. Universiti yang disediakan oleh Daulah Educonsult sudah semestinya yang terbaik buat bakal graduan iaitu Kursk State Medical University, Rusia.
Video ihsan:Dr.M.T.Chahine Rectorate Advisor of KSMU
Pelajar mahupun ibu bapa yang berminat untuk ketahui lebih lanjut boleh tekan link di sini bagi mendaftar. seterusnya, pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda dalam kadar yang segera.