Permohonan bagi menyertai kursus bahasa arab di Mesir sudah dibuka bagi sesi Jan, Februari dan Mac 2019.
Syarat kelayakan :-
- Berumur 12 tahun dan keatas
- Mempunyai semangat dan keazaman untuk belajar
Bertempat :- Sesi pembelajaran akan dijalankan di Pusat Bahasa Arab di Kaherah, Mesir
Tempoh masa :- 3 Bulan/lebih bergantung kepada pelajar
Sanad Al-Quran :- 30 Juzuk
Berminat untuk menyertai kursus bahasa arab di Mesir?
Sila tekan link ini untuk terus mendaftar : https://goo.gl/36EsJx
atau terus hubungi : http://0132853903jombelajarluarnegara.wasap.my
Kelebihan yang anda bakal perolehi jika belajar bidang Bahasa Arab?
#1. PELUANG PEKERJAAN
Mempelajari bahasa arab juga membolehkan anda menguruskan jemaah umrah atau haji. Sumber foto: Indahnya Islam
Menguasai bahasa arab membolehkan anda menjadi penterjemah rasmi dalam sesuatu urusan korporat mahupun melibatkan negara dari Timur Tengah. Melalui ini, anda juga dapat menjadi orang penting di Makkah seperti petugas haji dan mutawif umrah. Mempelajari bahasa arab merupakan satu kelebihan bagi individu.
#2. BAHASA AL-QURAN
Belajar bahasa arab juga membolehkan anda lebih mengetahui makna Al-Quran. Sumber foto: tanwir.my
Selain mendapat ilmu bahasa dengan belajar bahasa arab, anda juga selangkah mendekati Al-Quran Kareem. Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam secara keseluruhannya. Memahami bahasa arab secara tidak langsung membolehkan kita untuk lebih memahami bahasa syurga ini.
#3. “SIDE INCOME”
Terdapat cara untuk menambah pendapatan sampingan antaranya dengan bahasa arab. Menjadi jurubahasa bukanlah perkara yang mudah tetapi tidak mustahil selagi anda mempunyai semangat berdaya saing. Sebagai jurubahasa, anda secara tidak langsung memberi imej yang baik kepada organisasi luar.
#4. PENSYARAH
Menjadi tenaga pengajar merupakan satu pekerjaan yang mulia dalam membimbing bangsa. Sumber foto: pascasiswazah.
Menjadi tenaga pengajar bahasa arab di institusi mahupun sekolah adalah satu peluang yang beharga. Menjadi pensyarah membolehkan anda mencurahkan ilmu kepada murid dan membolehkan anda menguatkan daya ingatan mengenai bahasa arab.
Selain itu, anda juga berpeluang menghasilkan buku sendiri mengenai bahasa arab. Boleh juga menjadi tutor bahasa di kelas tuisyen.
#5. SAMBUNG BELAJAR
Sambung belajar di Universiti Al-Azhar juga merupakan peluang yang sukar dilepaskan.
Menuntut ilmu adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam. Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke negara timur tengah, anda berada di laluan yang betul. Jika anda mempunyai kemahiran asas mengenai bahasa arab, anda boleh mengasah lagi kosa kata anda dengan bertutur dengan mesyarakat tempatan di sana.
Bertutur dengan masyarakat di sana membolehkan anda lebih berdisiplin dalam bertutur bahasa arab. Mana tahu jika suatu hari nanti anda menjadi penterjemah rasmi antara Malaysia dan negara timur tengah.
One comment
Pingback: Peluang Kerjaya Lebih Luas Dengan Belajar Bahasa Syurga - Deenamik