Program Madrasah Daulah terletak di Mesir. Madrasah Daulah adalah sebuah program yang menguruskan dan membimbing sekumpulan pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir) yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.
Program-program yang dirangkakan didalam Madrasah Daulah adalah bermatlamat untuk membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh sebagai seorang “Al-Azhari” bagi setiap pelajar yang berada dibawah bimbingannya.
Maahad Buuth Al-Azhar (Sek. Men. Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir)
Madrasah Daulah menekankan dan menumpukan perhatian yang serius terhadap para pelajar didalam beberapa aspek :
✔️ Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.
✔️ Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.
✔️ Hafazan dan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.
✔️ Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.
Syarat Kelayakkan
✔️ Terbuka kepada pelajar berumur 13 hingga 21 tahun tanpa mengira latar belakang pendidikan.
✔️ Disiplin dan keinginan yang tinggi untuk belajar merupakan perkara yang paling diutamakan.
Semasa di Madrasah Daulah :
-Pelajar akan membuat persediaan dahulu dan mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain sebelum mengikuti ujian bagi kemasukkan ke Mahaad Buuth.
Tempoh masa pengajian bergantung kepada tahap penguasaan pelajar :
–Paling awal adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun sebelum ke universiti Al-Azhar.
–Anggaran masa untuk nama naik bagi menduduki ujian kemasukkan di Maahad Buuth adalah 1 ke 2 tahun bergantung penguasaan pelajar.
-Pendaftaran awal bagi menduduki ujian akan dibuat awal semasa tiba di Mesir.
Susulan bagi ujian kemasukkan tersebut :
–Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan terus ke peringkat Maahad Buuth iaitu peringkat sekolah menengah.
-Pelajar yang mendapat keputusan kurang baik akan masuk ke Dirossah Khossah iaitu pra-menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap. Bergantung kepada tahap penguasaan.
Lampiran gambar-gambar pelajar Madrasah Daulah
Gambar-gambar Pelajar Madrasah Daulah semasa study tour
JOM SERTAI MEREKA SEKARANG 👍😁
Hubungi konsultan anda untuk maklumat lebih lanjut 📞
http://wasap.my/60193731603 (Cik Elida)
Walk-in 🚶
No. 1-19, Jalan Pandan Prima Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur, Selangor