Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah pun selesai. Apa-apa pun lakaran markah anda di slip nanti, ketahui lah anda semua tetap terbaik kerana sudah melepasi fasa persekolahan.
Yang paling utama, buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan anda. Buat pilihan yang tepat untuk anda. Tanyalah juga pendapat orang sekeliling anda seperti ibu bapa, guru, adik beradik atau rakan kenalan anda. Dan yang paling penting, solat istikharah. In sya Allah, anda akan dibukakan pintu hati untuk membuat pilihan tepat.
Tahukah anda, peluang untuk melanjutkan bidang perubatan di Rusia sangat terbuka luas kepada pelajar yang ada impian untuk bergelar seorang Doktor? Dalam entri kali ini, ianya akan membantu anda yang tengah pening kepala untuk memilih atau tidak peluang perubatan yang ditawarkan di negara Rusia.
- Kursk State Medical University
- Privolzhsky Research Medical University (sebelum ni dikenali sebagai Nizhny Novgorad State Medical University)
- First Moscow State Medical University
- Volgogorad State Medical University
- Russian National Resources Medical University
Macam mana nak Apply ?
Ada dua cara untuk anda membuat permohonan iaitu:
- Permohonan terus di laman web Universiti
- Permohonan mudah melalui Daulah Educonsult di https://goo.gl/fsngfd atau terus hubungi/whatsapp di : http://wa.me/60199439419 / 019 9439419 untuk maklum balas pantas.
Apa Beza Perubatan di Rusia dengan Tempat-tempat Lain ?
Kalau ikutkan tiada apa yang membezakan perubatan di Rusia dengan tempat-tempat lain. Sukatan pelajaran pun sama, kalau tak sama takkan graduan dari universiti di Rusia boleh bekerja di hospital Malaysia kan ! Yang membezakan adalah SITUASI di sini :
- Sistem Pembelajaran
- Apa yang pastinya sistem di sini cukup unik dan berbeza. Di sana, peperiksaan dipanggil colloq dan final exam diadakan seperti biasa. Ketika colloq, soalan yang diberikan adalah berbeza bagi setiap pelajar (soalan subjektif) dan diberi tempoh masa untuk menjawab dan selepas itu perlu terus berhadapan dengan lecturer untuk oral examination. Di sini pelajar perlu menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh lecturer dan markah akan diberi on the spot. Kaedah yang sama digunakan untuk final exam. Namun begitu, sesetengah subjek juga mempunyai soalan yang berbentuk MCQ (soalan komputer).
2. Persekitaran dan suhu mengikut musim
- Rusia mempunyai 4 musim yang berbeza setiap tahun. Berbanding di Malaysia, di sini pelajar akan berpeluang untuk merasai bagaimana musim berubah setiap tahun. Bermula November sehingga Februari, ianya merupakan musim sejuk. Suhunya boleh mencapai -20 darjah dan sudah tentunya anda sudah siap dengan baju tebal. Musim panas pula bermula sekitar bulan Jun hingga Ogos dan ianya merupakan musim yang digemari oleh penduduk di sana. Pelbagai aktiviti dilakukan pada musim ini dan mereka menggelar musim ini sebagai musim hiburan.
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di :
💬Whatsapp : http://wa.me/60199439419
No. Telefon :
- 018 9624322 (Cik Aini)
- 013-2090322 (Tuan Syed Fuad)