Home / Daulah Medic / Perubatan di Rusia!! KENAPA?

Perubatan di Rusia!! KENAPA?

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah pun selesai. Apa-apa pun lakaran markah anda di slip nanti, ketahui lah anda semua tetap terbaik kerana sudah melepasi fasa persekolahan.

Yang paling utama, buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan anda. Buat pilihan yang tepat untuk anda. Tanyalah juga pendapat orang sekeliling anda seperti ibu bapa, guru, adik beradik atau rakan kenalan anda. Dan yang paling penting, solat istikharah. In sya Allah, anda akan dibukakan pintu hati untuk membuat pilihan tepat.

Tahukah anda, peluang untuk melanjutkan bidang perubatan di Rusia sangat terbuka luas kepada pelajar yang ada impian untuk bergelar seorang Doktor? Dalam entri kali ini, ianya akan membantu anda yang tengah pening kepala untuk memilih atau tidak peluang perubatan yang ditawarkan di negara Rusia.

 Untuk pengetahuan umum,terdapat 5 buah universiti perubatan yang di iktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC) :

Macam mana nak Apply ?

Ada dua cara untuk anda membuat permohonan iaitu:

  1. Permohonan terus di laman web Universiti 
  2. Permohonan mudah melalui Daulah Educonsult di https://goo.gl/fsngfd atau terus hubungi/whatsapp di :  http://wa.me/60199439419 / 019 9439419 untuk maklum balas pantas.

Apa Beza Perubatan di Rusia dengan Tempat-tempat Lain ?

Kalau ikutkan tiada apa yang membezakan perubatan di Rusia dengan tempat-tempat lain. Sukatan pelajaran pun sama, kalau tak sama takkan graduan dari universiti di Rusia boleh bekerja di hospital Malaysia kan ! Yang membezakan adalah SITUASI di sini :

  1. Sistem Pembelajaran
  • Apa yang pastinya sistem di sini cukup unik dan berbeza. Di sana, peperiksaan dipanggil colloq dan final exam diadakan seperti biasa. Ketika colloq, soalan yang diberikan adalah berbeza bagi setiap pelajar (soalan subjektif) dan diberi tempoh masa untuk menjawab dan selepas itu perlu terus berhadapan dengan lecturer untuk oral examination. Di sini pelajar perlu menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh lecturer dan markah akan diberi on the spot. Kaedah yang sama digunakan untuk final exam. Namun begitu, sesetengah subjek juga mempunyai soalan yang berbentuk MCQ (soalan komputer).

2. Persekitaran dan suhu mengikut musim

  • Rusia mempunyai 4 musim yang berbeza setiap tahun. Berbanding di Malaysia, di sini pelajar akan berpeluang untuk merasai bagaimana musim berubah setiap tahun. Bermula November sehingga Februari, ianya merupakan musim sejuk. Suhunya boleh mencapai -20 darjah dan sudah tentunya anda sudah siap dengan baju tebal. Musim panas pula bermula sekitar bulan Jun hingga Ogos dan ianya merupakan musim yang digemari oleh penduduk di sana. Pelbagai aktiviti dilakukan pada musim ini dan mereka menggelar musim ini sebagai musim hiburan.
Macam mana dengan Kelas dan Makanan Halal ?
 
Pembelajaran di dalam kelas adalah sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, kadang kala tenaga pengajar akan menggunakan sedikit bahasa Rusia. Oleh itu, pelajar akan diberi pendedahan dan pembelajaran bahasa Rusia di dalam satu kelas khas. Hal ini kerana, amat penting bagi pelajar perubatan untuk tahu serba sedikit bahasa Rusia supaya ianya memudahkan interaksi bersama dengan pesakit ketika praktikal di hospital di sana nanti. Ini sedikit sebanyak akan membuat pelajar lebih berdaya saing dan mampu menguasai bahasa ketiga.
 
Umum mengetahui, untuk mendapatkan makanan halal di negara bukan islam, ianya merupakan proses yang agak sukar. Namun, di sebalik kesukaran itu, tetap ada kedai makanan halal di sesetengah tempat di sana. Tapi pastikan anda bartanya senior-senior atau pemilik kedai terlebih dahulu. Tetapi, lumrah sebagai student lebih gemar untuk masak sendiri kan ? Oleh itu, kebanyakan pelajar lebih memilih untuk memasak apabila pulang dari kelas dan jarang-jarang sekali mencari kedai makan yang halal untuk memenuhi keperluan makan seharian. Bila lagi kan nak merasa masak dan makan beramai-ramai di dalam satu rumah !
 
 
Begitulah serba sedikit mengenai belajar di Rusia. Tahukah anda, belajar di mana-mana adalah sama yang membezakan ia adalah usaha kita sendiri dan bukannya orang lain. Namun lebih indah belajar di tempat dan universiti yang diimpikan ?
 
Selamat membuat pilihan ! 🙂 
 
 
Buntu membuat pilihan ? Daulah Educonsult menawarakan universiti yang dijamin 100% kemasukannya. Jom dapatkan konsultansi percuma bersama kami.
 

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di :

💬Whatsapp : http://wa.me/60199439419

No. Telefon :

  • 018 9624322 (Cik Aini)
  • 013-2090322 (Tuan Syed Fuad)
 
 
 
 
 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.