Anda merupakan pelajar lepasan SPM atau STAM? Ada berita baik untuk anda. Sekarang pendaftaran kemasukan ke universiti di Mesir telahpun dibuka. “Bukan ke syarat untuk dapatkan degree selalunya kene ada Asasi ataupun Diploma”
Ye betul tu. Tapi di Mesir special sikit kita boleh daftar dengan hanya menggunakan sijil SPM ataupun sijil STAM. Bukan itu saja, kita juga boleh menggunakan keputusan percubaan sijil SPM ataupun STAM kepada siapa yang sedang mengambil SPM atau STAM. Daulah Educonsult menawarkan bidang dan universiti terbaik untuk anda menyambung pengajian di luar negara. Kesemua universiti yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada JPA, MQA, MMC, MDC & MPS, Jadi usah bimbang!
Kenapa perlu memilih negara MESIR ?
Mesir merupakan salah satu destinasi melanjutkan pelajaran yang popular di Malaysia.
Bidang yang ditawarkan di Mesir :
1. Bidang Sains (Perubatan Pergigian & Farmasi)
2. Bidang Ulum Islamiah
3. Bidang Pengajian Islam (Usuludin, Syariah Islamiah & Bahasa Arab)
Universiti yang ditawarkan di Mesir :
• Universiti Al-Azhar
• Universiti Alexandria
• Universiti Mansoura
• Universiti Cairo
• Universiti Ain-Shams
• Universiti Tanta
• Universiti Zagazig
Syarat kelayakan untuk memohon ke universiti di Mesir :
Ijazah Sarjana Muda Perubatan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu:
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan
Ijazah Sarjana Muda Pergigian/ Farmasi
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan (8) subjek iaitu:
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan
Nota: Bagi permohonan bidang Sains Kesihatan di Universiti Al-Azhar, sijil SPM hendaklah tidak melebihi tempoh dua (2) tahun dari tahun semasa (tahun 2017 dan 2016) dan pelajar perlu mempunyai Bahasa Arab di peringkat SPM. Bayaran penalti akan dikenakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Mesir dengan kadar EGP750.00 bagi setiap tahun yang lewat kepada pemegang sijil SPM iaitu selain daripada tahun 2018 (tahun 2017 dan 2016). Pembayaran perlu dibuat oleh pelajar melalui pejabat EME di Mesir.
Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan dan menduduki Imtihan Qabul (IQ).
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan dan menduduki Imtihan Qabul (IQ).
Sekiranya anda masih berminat untuk bidang Sains di Mesir tetapi keputusan SPM kurang baik, hubungi pihak Daulah untuk kami cadangkan saluran kedua atau universiti di negara lain seperti Rusia, Indonesia, Poland atau Bangladesh. Usah risau! Minat dan kemahuan untuk belajar itu yang penting.
Jadi tunggu apa lagi, rebut peluang anda dengan mendaftar secara online sekarang >> https://goo.gl/ZoZk4h
Atau hubungi kami di talian :
📞03-92851322 (Pejabat)
📞018-9624322 (Customer service)
📞013-2090322 (Tuan Syed Fuad)
Dan anda juga boleh menghubungi kami melalui email : daulahmedic@gmail.com
Jika lepasan stpm 2018/2019,, boleh memohon ijazah ke mesir?