Home / Pengenalan

Pengenalan

 

Madrasah Daulah

Madrasah Daulah adalah sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing sekumpulan para-para pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar (Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar), Mesir, yang berada dibawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Program-program yang dirangkakan di dalam Madrasah Daulah (MD) adalah bermatlamat untuk membina keperibadian dan karakter yang berkualiti serta kemantapan ilmu yang kukuh sebagai seorang ‘Al-Azhari’ bagi setiap pelajar yang berada dibawah bimbingannya.

Madrasah Daulah (MD) akan menekankan dan menumpukan perhatian yang serius terhadap para pelajarnya di dalam beberapa aspek,  melalui pengisian-pengisian yang telah disusun, antaranya adalah ;

  1. Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.
  2. Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.
  3. Hafazan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.
  4. Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.

 

 

Maahad Buuth Al-Azhar

Maahad Buuth Al-Azhar adalah sekolah antarabangsa di bawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff, yang menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu-ilmu agama dan memasuki Universiti Al-Azhar Asy-Syariff, walaupun tidak mempunyai apa-apa sijil kelayakan akademik (seperti PT3, SPM, STAM dll). Seawal usia 14 tahun, seseorang sudah boleh mendaftar ke maahad tersebut dan mula belajar disana.

Maahad ini dibangunkan diatas dasar kebajikan dan membantu sesiapa sahaja, samada yang berkemampuan ataupun tidak, bagi memperoleh pendidikan agama yang sepatutnya. Para pelajar secara asasnya hanya membayar keperluan-keperluannya di dalam pembelajaran seperti proses-proses pendaftaran, membeli kitab-kitab, membuat kad pelajar dan seumpamanya, adapun yuran pengajiannya adalah percuma.

Lokasi Maahad Buuth Al-Azhar terletak tidak jauh daripada Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), yang merupakan pejabat Education Malaysia Egypt (EME) dan penempatan bagi sebahagian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. Juga, ia turut berdekatan dengan Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar yang terletak 3-5 minit dari situ, di Darrasah, Kaherah.

 

 

 

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.