Home / Maklumat Terkini / Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Selangor

Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Selangor

Alhamdulillah pada 7 Oktober 2018, Ahad, pasukan Daulah Educonsult telah menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Selangor dengan jayanya . Karnival ini diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting Selangor.

Pasukan Daulah Educonsult telah mendapat jemputan untuk mengikuti karnival ini dua minggu sebelum hari kejadian. Kami sangat berbesar hati dengan jemputan ini dan terus bersetuju dengan undangan ini . Setelah itu, kami membuat persiapan yang perlu untuk memastikan penyertaan kami ini mendapat manfaat bukan sahaja kepada pasukan kami tetapi juga kepada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Selangor sendiri.

Pada hari kejadian, kami berpeluang berjumpa sendiri dengan pelajar-pelajar dan sedikit sebanyak memberi maklumat dan juga mengkhabarkan bahawa peluang mereka untuk sambung belajar di luar negara sangat luas. Alhamdulillah kebanyakan daripada mereka sangat teruja dan sudah mula ada perancangan untuk sambung belajar di luar negara apabila mengetahui peluang yang ada.

Kami sangat menghargai jemputan daripada Kolej Matrikulasi Selangor dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan juga. Jumpa lagi adik-adik pelajar Kolej Matrikulasi Selangor !

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.