Universiti Al-Azhar

 

SEJARAH RINGKAS

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Secara umumnya, fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Pengajian Agama dan Pengajian Sosial & Sains Kesihatan. Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah. Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding) dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama.

 

 

PENGANGKUTAN AWAM

Medan Ramsis merupakan pusat perhubungan yang terletaknya stesen metro, stesen bas dan juga stesen tremco. Metro yang dimaksudkan di Mesir ini hampir sama dengan sistem KTM dan juga LRT. Metro merupakan pilihan utama bagi mengelakkan kesesakan jalan raya di Mesir. Selain itu, faktor tambang yang sangat murah juga memberi kesan ia sentiasa menjadi pilihan.

Tremko juga sangat popular di Mesir. Mahasiswa Malaysia lebih gemar menggunakan tremko kerana bilangan penumpangnya lebih sedikit sekitar dua belas orang sahaja dan saiz tremko seperti sebuah van itu menyebabkan pergerakan kenderaan lebih pantas. Tambang yang dikenakan juga tidaklah semahal tambang teksi. Bukan itu sahaja, tremco juga sering kali dijadikan sebagai pengangkutan untuk ke universiti bagi mereka yang tinggal agak jauh dari lokasi universiti.

Selain itu, pengangkutan awam yang agak berlainan tetapi sangat popular digunakan ialah tuk-tuk. Tuk Tuk ialah sejenis kenderaan seperti beca tetapi mempunyai kelajuan seperti motor. Kelajuannya akan membuatkan penumpang-penumpang berasa seperti mahu terbang. Maksima penumpang Tuttut boleh muat 3 orang sahaja dan tambangnya hanyalah 1 EP seorang.
 
Teksi dan bas merupakan antara pengangkutan awam utama di Kaherah yang digunakan oleh masyarakat tempatan dan pendatang asing. Semua bas telah memaparkan destinasi yang dituju dan perhentian yang dilalui pada cermin hadapan atau cermin sisi bas tersebut. Selain daripada itu setiap bas mempunyai nombor yang khusus yang hanya pergi ke destinasi tertentu sahaja.

FAKULTI
 

ULUM ISLAMIYYAH


Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

Credit to http://al-azhar-university.blogspot.my/2013/ 02/kuliah-ulum-islamiah.html

Bangunan Kuliah

Bagi kuliah ulum Islamiah, dewan kuliahnya adalah di dalam Masjid Az-Zahraa, yang terdapat banyak kelas di dalamnya. Selain itu, ia adalah sebuah Masjid yang besar dengan reka bentuk yang sangat menakjubkan. Suasana belajar di dalam Masjid yang tenang menyebabkan jiwa kita terisi. Ini merupakan satu kelebihan bagi pelajar-pelajar kuliah Ulum Islamiah.

Dari segi bilangan pelajar pula, ia terhad dalam satu kelas, kurang daripada 30 orang, dan diasingkan antara ikhwah dan akhowat. Tambahan pula, pensyarah-pensyarahnya terdiri daripada syeikh dan professor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mereka yang terpilih adalah dalam kalangan pensyarah yang terbaik yang ada di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif ini.

Syarat Kelayakan

Calon pelajar perlulah mendapat sekurang-kurangnya gred “B” bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM:-

*Bahasa Arab
*Pendidikan Syariah Islamiah
*Pendidikan Qur’an & Sunnah
*Bahasa Melayu
*Bahasa Inggeris
*Matematik

Bagi permohonan ke fakulti ulum islamiah dan Universiti Al-Azhar, anda disyaratkan tidak memiliki apa apa subjek yg mendapat gred G (gagal) dalam SPM walaupun ia bukannya subjek wajib bagi permohonan ke bidang tersebut. (peraturan dari Universiti Al-Azhar).

# Bagi pemohon universiti Al-Azhar dalam bidang Ulum Islamiah, sijil SPM anda tidak boleh lewat dari 3 tahun dari tahun semasa permohonan. Contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2019 , maka SPM terakhir adalah 2016 sahaja . SPM tahun 2015 tidak diterima oleh pihak Universiti.


PENGAJIAN ISLAM


Syarat Kelayakan

Lulus  semua subjek dalam  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat  sekurang-kurangnya Gred B  dalam  subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran Sunnah  dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan. Ataupun, mempunyai  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan

DAN

Menduduki ujian Imtihan Qabul (IQ).


 

 

 

About admin

mm

Check Also

Tips Peperiksaan Buat Anda Yang Akan Menduduki SPM

Kurang daripada minggu sahaja lagi pelajar-pelajar yang berada di tingkatan terakhir iaitu tingkatan 5 akan …

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.