Home / Daulah Medic / Widad University College

Widad University College

Widad University College (sebelum ini dikenali sebagai Kolej University Shahputra) mula menubuhkan Institut Fitra pada 24 December 1997 and dimiliki sepenuhnya oleh Shahputra Education Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera persendirian. TESL dan pelajar Akaun Matrikulasi daripada UPM adalah antara kumpulan pertama yang mendaftar pada June 1998. Semakin meningkat jumlah pelajar, Institut Fitra berpindah ke kawasan 8 hektar di Pekan, Pahang. 

Visi 

Bermatlamat untuk menjadi institusi pendidikan bertaraf antarabangsa yang boleh menghasilkan pelajar professional yang berjaya menangani cabaran pasaran tempatan dan global.

Misi 

  • Untuk menghasilkan modal insan profesional yang memenuhi aspirasi dan keperluan perindustrian di dalam dan luar negara
  • Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan canggih
  • Menubuhkan penyelidikan dan pembangunan terkini (R & D)
  • Untuk mewujudkan perkongsian pintar dengan sektor perindustrian

 

Program yang ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) (Pelajar Tempatan)

Maklumat Program

Nama Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS)
Kod Program KPT/JPS(N/721/6/0017)(MQA/FA2070)05/18 (Sijil)
Pengajian Sepenuh Masa
Tempoh 5 tahun
Kemasukan September
Sosial Media Facebook Page 

 

Syarat Kemasukan

Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik ATAU Matematik

(!) Syarat kemasukan untuk keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dikecualikan

Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan
Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan CGPA 3.0 dalam SETIAP matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik ATAU Matematik
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu (1) tahun didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan 
  • Mana-mana satu (1) Mata pelajaran lain

Lulus Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pilihan 3: Kemasukan dengan Diploma Sains Kesihatan
Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari dua tahun setengah (2 ½) didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:

  • Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
  • Kredit Bahasa Inggeris
  • Kredit Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Kredit mana-mana satu (1) Mata pelajaran lain
Lulus Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kemudahan Pelajar

Semua kemudahan fasa 1  terletak di dalam kampus. Wildad University College mempunyai bilik darjah yang lengkap, bilik seminar, auditorium, pusat persidangan, makmal kemahiran yang canggih, perpustakaan, makmal percubaan khusus dan kafeteria. Wildad juga mempunyai pusat sumber untuk pelajar tahun klinikal berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

 

Hospital Pengajian Awam Gabungan

Dan pelbagai kemudahan lain, see more..

 

Mengapa Widad Pilihan Anda? (* tertakluk kepada terma dan syarat)

  • Yuran Pendaftaran percuma untuk kemasukan*
  • Yuran Pendaftaran percuma bagi program Asasi Sains dan Asasi Perniagaan untuk kemasukan*
  • Elaun RM500 setiap semester*
  • Pengurangan yuran pengajian sebanyak 50% bagi yang layak bagi keluarga yang menerima BRIM (program UiTM sahaja)*
  • Bantuan pembiayaan dari FELDA selepas tamat pengajian sebanyak 30% diskaun pinjaman PTPTN khas untuk ahli keluarga FELDA*
  • Peluang mendapat biasiswa penuh & pembiayaan pengajian
  • Peluang Pekerjaan dengan Widad Business Group
  • Penginapan & pengangkutan disediakan
  • Mendapat akreditasi penuh dari MQA
  • Tenaga pengajar yang dedikasi
  • Pusat pengajian yang kondusif & strategik

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.