Japan

Negara Jepun yang dikenali sebagai negara tertua di Asia sangat terkenal dengan teknologi yang dihasilkan dari negara itu. Juga tidak ketinggalan, rakyatnya yang berkualiti dan mempunyai etika yang ingin di contohi oleh semua rakyat dari negara-negara lain. 

Kini , tiba giliran bagi Daulah Educonsult melebarkan sayap ke negara maju ini dengan membuka peluang bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Jepun. 

Sedikit info, 

Di Jepun, sistem pembelajaran formal yang wajib dilunaskan adalah selama 12 tahun. Namun umum sedia maklum, kebanyakan negara terutamanya di Malaysia, India, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Mongolia dan Peru hanya mempunyai 10 hingga 11 tahun sahaja pengajian formal. Iaitu jika di Malaysia dikenali sebagai sekolah rendah (6 tahun) dan sekolah menengah (5 tahun). 

Oleh itu, disebabkan hanya 11 tahun pengajian formal, pelajar perlu menjalani pengajian di University Preparatory Courses (junbi kyouiku katei) terlebih dahulu di bawah naungan Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT).

Untuk di University Preparatory Courses (junbi kyouiku katei), pelajar perlu mendaftar di Japanese Language School . Pendaftaran ini bagi pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, IGCSE atau setaraf, Diploma atau setaraf, UEC atau setaraf.

Apakah Tujuan Pendaftaran di Japanese Language School?

 

1. Mempelajari Bahasa Jepun 

2. Mempelajari subjek yang diwajibkan bagi kemasukan ke Universiti

 

                                                   

 

Pelajar juga akan menduduki 2 jenis peperiksaan iaitu Examination for Japanese University Admission for International Students (EJU) dan Japanese Language Proficiency Test (JLPT).

Pihak Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan pendaftaran, dokumentasi dan penyusunan bagi sesi kemasukan. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Daulah Educonsult di nombor yang tertera di bawah :-

03-92851322 (Pejabat) 

018-9624322 (Customer Service 1)

018-2429322 (Customer Service 2)

♦ atau walk in ke Pejabat Daulah Educonsult: 

No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur. 

 

 

 

Chat Kami Sekarang
Hubungi segera untuk dapatkan konsultasi