Ditubuhkan pada 8 September 1967, IAIN STS Jambi telah berkembang pesat sebagai salah satu pusat pengajian agama dan pendidikan yang terkemuka di negeri Jambi. IAIN STS Jambi ini terdiri dari empat cabang fakulti iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Adab dengan menawarkan berbagai program pengajian baik dari peringkat Majister (Master/ Sarjana), Strata Satu (Degree/ Sarjana) sehinggalah Diploma yang disertai dengan aktiviti kurikulum yang membina dan bermanfaat yang mana telah dirancang dan dilaksanakan seiring dengan keperluan setempat, nasional dan juga global.
Dipastikan bahawa IAIN STS Jambi telah menjadi salah satu pilihan bagi mahasiswa/i dari Malaysia dan beberapa negara di sekitar Asia Tenggara menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan kerjaya sejak tahun 1998, dengan bertumpu pada jurusan-jurusan yang ditawarkan dari Fakultas Syari’ah, Fakultas Ushuluddin dan Fakultas Adab dan Humaniora yang telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Antara jurusan-jurusan yang ditawarkan di tiga fakulti adalah seperti berikut:
Fakulti | Jurusan | Tempoh Pengajian |
Fakultas Ushuluddin |
|
Lulusan Diploma Ushuluddin : 1 hingga 2 tahun
Lulusan SPM/ STPM/ STAM : 4 Tahun (8 semester)
|
Fakultas Syari’ah | Program Studi Hukum Keluarga
Program Studi Hukum Pidana Islam
Program Studi Perbandingan Mazhab
Program Studi Hukum Ekonomi Syari’ah
|
Lulusan Diploma Syari’ah : 1 hingga 2 tahun
Lulusan SPM/ STPM/ STAM : 4 Tahun (8 semester) |
Fakultas Adab & Humaniora |
|
Lulusan SPM/ STPM/ STAM : 4 Tahun (8 semester) |
Fasiliti yang disediakan adalah :
- Kantor Dekan Fakultas Tarbiyah IAIN STS Jambi
-
Perpustakaan IAIN STS Jambi
- Auditorium IAIN STS Jambi
- Gerbang IAIN STS Jambi
- Asrama Ma’had Al-Jami’ah IAIN STS Jambi