Home / Gallery / Universiti Alexandria

Universiti Alexandria

 

SEJARAH RINGKAS

Universiti Alexandria ( Bahasa Arab: جامعة الإسكندرية ) atau Universiti Iskandariah merupakan sebuah universiti penyelidikan awam di Alexandria, Mesir. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai satelit Fuad Universiti (nama yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Kaherah), menjadi satu entiti bebas pada tahun 1942. Ia telah dikenali sebagai Universiti Farouk sehingga Revolusi Mesir tahun 1952 apabila namanya ditukar kepada Universiti Alexandria. Taha Hussein adalah rektor pengasas Alexandria University. Ia kini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir dan mempunyai banyak mempunyai hubungan dengan pelbagai universiti untuk penyelidikan yang berterusan.

Universiti Alexandria amat terkenal di Mesir. Kedudukannya yang terletak berhampiran pantai menjadi pilihan pelajar-pelajar di samping sistem pembelajaran selaras dengan keperluan seluruh dunia.

Fakulti perubatan yang telah diasaskan oleh dua orang doctor iaitu Mi Ibrahim Pasha (Professor Pembedahan) dan Dr. Mohamed Mahfouz Bey ( pakar mata) pada ogos 1942. Pembelajaran perubatan fakulti ini mengambil dua tempat berbeza mengikut pengajaran samada praklinikal ataupun klinikal.
 
Praklinikal berlangsung di premis Hospital Mouassah, manakala pengajaran klinikal berlangsung di Hospital Miri.
 
 
PENGANGKUTAN
 
Kebanyakan mahasiswa Malaysia di Iskandariah menggunakan perkhidmatan kereta api atau lebih dikenali dengan nama tram dari kawasan rumah mereka ke tempat kuliah atau rumah rakan. Tambang menaiki tram adalah sebanyak LE 0.25 dari perhentian yang pertama hinggalah perhentian yang terakhir.
 
Selain itu, van atau dikenali sebagai tramco turut dijadikan kenderaan pengangkutan untuk pelajar. Tambang menaiki tramco pula adalah dalam lingkungan LE 0.50 hingga LE 1.50.
 
Selain tram dan tramco, teksi juga merupakan pengangkutan utama para mahasiswa sama ada ke tempat kuliah atau ke mana-mana destinasi pilihan. Tambang teksi dari satu tempat ke satu tempat yang lain adalah bergantung kepada jarak perjalanan dan kesibukan lalu lintas.
 
Segelintir mahasiswa pula lebih gemar membeli motosikal sendiri untuk ke tempat yang ingin dituju. Pengangkutan ke bandar-bandar lain seperti Kaherah, Tanta, Mansoura dan Zaqazig pula ialah kereta api, van, kereta sewa dan bas.
 
BIDANG YANG DITAWARKAN
 
 
Universiti Alexandria menawarkan pengajian Sains Kesihatan seperti berikut : 
 
1) Perubatan
2) Pergigian
3) Farmasi 
 

Bagi menjamin mutu pembelajaran, Universit Alexandria menyediakan dua dewan kuliah untuk penuntut tahun pre-klinikal dan  dua dewan kuliah untuk penuntut tahun klinikal yang satu-satunya mampu memuatkan lebih kurang 150 penuntut dalam satu masa. Perpustakaannya juga memberi suasana yang kondusif untuk pelajar mentelaah dalam keadaan yang selesa. Universiti Alexandria mempunyai makmal-makmal sains seperti makmal Anatomi, Histologi, biokimia dan microbiologi. Universiti Alexandria juga mempunyai pusat konvensyen yang menjadi tempat mengumpulkan semua penuntut untuk sesuatu program. Makmal komputer juga disediakan selari dengan perkembangan teknologi sekarang.

Bermula tahun 2009 Universiti Iskandariah memperkenalkan sistem pembelajaran berintegrasi berasaskan modul. Sistem ini telah digunakan di universiti-universiti terkemuka di dunia seperti Monash University di Australia. Sistem ini diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan melahirkan graduan yang mampu memenuhi kehendak professionalism bidang perubatan. Sistem berintegrasi ini mengamalkan sistem pembelajaran berasaskan modul yang menggabungkan subjek-subjek yang berkaitan dalam satu modul. Ini memudahkan pemahaman penuntut. Dalam sistem pembelajaran berintegrasi juga dijalankan program Integrated Learning Activity (ILA) yang mengaitkan situasi klinikal sebenar dalam pembelajaran. Oleh itu, penuntut akan mendapat gambaran yang jelas bagaimana mengaplikasikan apa yang dipelajari.
 
Pembelajaran dan kokurikulum diseimbangkan di mana pelbagai aktiviti kokurikulum dianjurkan oleh pihak universiti seperti pertandingan futsal, lawatan ke Aswan dan Luxor, hari kebudayaan dan juga karnival sukan. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah dan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cerdas tetapi juga cergas. Oleh itu pembelajaran di Universiti Alexandria tidak berpaksikan kurikulum semata-mata malahan melibatkan kokurikulum yang membantu pelajar lebih terbuka dan memperoleh pengalaman baru kerana tidak semua dapat diperoleh melalui buku semata.
 
 
SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1  Perubatan 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pergigian & Farmasi 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.

Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?

TEMUI KONSULTAN PENDIDIKAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN LANJUT DAN PELAN PERANCANGAN PENDIDIKAN ANDA DALAM SESI EKSLUSIF BERSAMA KAMI.

 HUBUNGI/ WHATSAPP KAMI DI 

 https://wa.me/60189624322

 

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.