Home / Blog / Kota Penuh Bersejarah Hanya Di Poland

Kota Penuh Bersejarah Hanya Di Poland

Dimanakah negara yang menempatkan semua tempat menarik? Anda pasti masih tercari-cari lagi. Poland ada kesemua jawapannya. Namun begitu, pastikan anda mengambil… cuti yang panjang untuk ke sini! Menghayati keindahan bandar bersejarah dan terokai alam semula jadi di sana. Fakta buat anda, Poland antara negara yang mendapat lebih 14 pengiktirafan daripada UNESCO! Menarik bukan?

Jom kita ketahui tempat menarik di Poland sekarang!

 

#1. ISTANA WAWEL

Istana Wawel merupakan istana pertama atau istana rasmi bagi golongan diraja pada zaman dahulu kala.  Istana ini merupakan tinggalan sejarah sehingga pada abad ke-17 kemudian menjadi sebagai kawasan tarikan pelancong. Istana ini sehingga kini telah menyimpan pelbagai sejarah.

Istana yang menyimpan beribu sejarah. Sumber foto: inyourpocket

Bagi pelancong, jangan lepaskan peluang ini untuk melawat Istana Wawel. Jika anda penuntut di Universiti Warsaw, jarak perjalanan hanya mengambil masa kurang dari empat jam sekiranya menggunakan kenderaan seperti kereta.

#2. DRAGON DEN’S

Bayangkan sekiranya naga dalam cerita yang sering anda tonton di kaca televisyen wujud? Ya, ianya wujud di Dragon Den’s, Poland. Melalui mitos masyarakat dahulu kala, naga tersebut sering memakan anak kecil serta wanita perawan. Al-kisahnya, terdapat seorang rakyat biasa telah berani melawan naga tersebut dan berkahwin dengan puteri raja pada ketika itu.

Kisah naga yang memberi pengajaran kepada penduduk di sana. Sumber foto: trips points

Benar atau tahyul? Anda boleh ketahuinya dengan melihat sendiri rangka naga yang telah diawet yang dipamer buat pengunjung. Kawasan ini telah menjadi tumpuan pelancong bagi lokasi percutian mereka ke Poland.  Sekiranya anda penuntut di Universiti Warsaw, jarak perjalanan ke sini hanya mengambil masa kurang 10 minit.

#3. PALACE OF CULTURE AND SCIENCE

Bagi pelajar yang menuntut di Universiti of Warsaw, mereka telah membuat pilihan yang bijak dengan menyambung pengajian di sini. Hal ini demikian kerana, lokasi pengajian ke Palace of Culture and Science hanya mengambil masa kurang tujuh minit sahaja.

Merupakan bangunan yang pastinya memukau mata pelancong. Sumber foto: palakultury

Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Poland dan merupakan bangunan kelapan tertinggi di Kesatuan Eropah. Tedapat pelbagai pameran yang berkaitan seni budaya serta sains masyarakat di sana. Tunggu apa lagi, ayuh tempeh tiket ke Poland sekarang!

#4. KOSCIUSZKO MOUND

Kosciuszko Mound merupakan tinggalan sejarah yang kini dibuka bagi tujuan pelancongan. Ia bertujuan untuk mengenang pertempuran antara Poland menentang Amerika pada ketika itu.  Kosciuszko sebenarnya merupakan pahlawan yang berani mempertahan tanah Poland daripada dijajah.

Pungunjung pasti akan terpegun sekiranya sudah sampai ke puncak bukit. Sumber foto: idntimes.com

Jika anda belajar di kawasan sekitar Poland seperti contoh di Universiti of Warsaw, tempoh perjalanan untuk ke sini mengambil masa selama empat jam dan 30 minit. Tidak dapat dinafikan perjalanan agak jauh, namun anda pasti akan kagum dengan Kosciuszko Mound sekiranya sudah tiba di sana. Seperti penat membawa kereta terbayar dengan keindahan alam ini dengan ketinggian 35.5 meter.

#5. RYNEK GLOWNY, KRAKOW

Kawasan utama bagi pelancong ke Poland. Sumber foto: wikipedia

Bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman sebagai rakyat tempatan di sana. Anda boleh berkunjung ke Rynek Glowny, Krakow. Di sini, terpadat deretan kedai dan permis menjual makananan. Bangunan utama di Eropah Tengah ini turut dikelilingi bangunan bersejarah.

MEMPUNYAI CITA-CITA KENALI BUDAYA RAKYAT POLISH?

JOM SAMBUNG PENGAJIAN KE SINI!

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.